Jumaat, Oktober 28

Memanjakan diri lagi...

Masa nak pergi bayar kupon letak kereta, mesin rosak la pulak. Dah la kena menapak ke tempat jauh ya hamat. Ikutkan i park tu cantik je dekat dengan tempat nak mengurut dan mesin kupon. Aleh2 mesin yang dekat itu rosak la pulak. Nak tak nak kena la berjalan jauh sikit. Huh...geram sungguhhhhh.....

Mesin pulak penuh dengan sticker A.L.O.N.G

Tiba kat Thai Odyssey terus i pilih Thai Massage untuk 90 minit. Terapi kali ni dengan Ja. Dia ni kat cawangan Empire Gallery. Katanya bulan depan kerja kat Empire Gallery pulak. Tu pun macam takut je. Selalu i diurut oleh Jai. (Nama dekat2 nak sama eh....) Beso beso badannya. Sekali urut kat puncture point makhaihhhh sakit. Hehe.

Lepas dah dibasuh kaki i dengan sabun dah siap pakai pakaian mengurut tu, i dihidangkan teh herba. Urutan dimulai dengan bahagian atas. Ja letak beg mata kat mata i. Sejuk je. Pandai la tukang urut ni urut tangan i. Bila dia tarik siap krup krap lagi. Tangan i ni memang lenguh lenguh belah kanan ni. Bila diurut  rasa lega sangat. Diakhiri dengan urutan regangan. Kalau yang tak tahan mau bergenang airmata ohhh. Ce try...

Beg mata dan teh herba

Kat sinilah i buat urutan tu. Thai Odyssey ni banyak cawangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...