Sabtu, Oktober 22

Karnival BEST - Buat Elok Saja Tau


Nama karnival ni pun unik, jom tengok info pasal Karnival Best Buat Elok Saja Tau pulak

1. Antara pengisian Karnival ini adalah slot Konsert BEST!. Konsert ini akan mempratikkan Garis Panduan Hiburan Islam.

2. Garis Panduan Hiburan akan menjadi panduan kepada artis dan juga mendidik mana-mana yang dikatakan bercanggah dengan syariat agar selaras dengan tuntutan syarak dan mampu mendidik jiwa manusia.

3. Karnival dan Konsert BEST! ini akan menyediakan satu mekanisme baru dengan perancangan yang telititi untuk menaikkan martabat hiburan kearah yang lebih baik dan memberi kesan yang positif.

4. Para pengunjung semasa konsert berlangsung akan diasingkan mengikut kategori lelaki, perempuan dan keluarga. Secara tidak langsung akan mengurangkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan membendung gejala sosial.

5. Para pengunjung akan mendapat informasi mengenai permasalahan sosial kerana terdapat gerai pameran dari agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan semasa program tersebut berlangsung.

6. Disamping itu juga untuk merialisasikan Putrajaya bebas dari maksiat.

7. Dengan terlaksana program ini, diharap akan memberi satu alternatif baru kepada umat Islam untuk menikmati dan berhadapan dengan dunia muzik moden.
 
Untuk maklumat lanjutan mengenai Karnival BEST sila layari: http://www.daganghalal.com/HalalEvents/KarnivalBEST.aspx


Info taken from my facebook messsage

**************************************************

Apa yang menarik perhatian i ialah pada item No. 4, pengunjung diasingkan diantara lelaki dan perempuan juga yang berkeluarga. Unik bukan? I sangat setuju bagi mengelakkan pergaulan yang tiada batasan. Ada pernah ke konsert lain yang mengasingkan lelaki dan perempuan?....fikir fikirkanlah.....

 

1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...