Wednesday, October 5

Anak kepada jurukamera BERNAMA TV yang terbunuh di Somalia....

Print screen from Little Caliphs Puncak Jalil facebook page

I saje saje pergi ke wall Little Caliphs Puncak Jalil, sekolah tadika Dania dulu.....rupanya anak kepada jurukamera BERNAMA TV, Irfan tu pernah sekolah kat Tadika Little Caliphs Puncak Jalil. I rasa Dania sempat berjumpa dengan Irfan ni sebab kalau Dania 5 tahun, Irfan 6 tahun. Beza setahun je....tak ingat la Irfan yang mana satu nih...

Taken from Little Caliphs Puncak Jalil facebook page

Akhirnya daripada gambar Little Caliphs Puncak Jalil pada tahun 2009, rupanya Dania berdiri selang seorang budak je dari adik Irfan ni. Tu pun sebab mamanya tag nama kat Irfan ni. Tu sebab i tahu...kalau tak jenuh la nak mencari adik Irfan ni....Bila tanya Dania, dia memang tunjuk kat Irfan ni tapi lepas tu confuse pulak yang mana satu Irfan.....

Memang kesian apabila suami pergi meninggalkan keluarga di saat keluarga masih bergantung harapan kepada suami tetapi Allah lebih menyayangi...Ni i nak petik kata2 isteri arwah.....
 
"ni yang Allah tetapkan.. Dia yang beri, Dia yang ambil dan Dia juga yang akan memelihara saya dan anak untuk teruskan kehidupan,” kata Norazrina Jaafar, 37, yang reda dengan pemergian suaminya yang juga jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, 40, yang meninggal dunia di Somalia, kelmarin.- Berita Harian




*****bagi yang masih tercari cari Tadika Islam, mungkin Little Caliphs boleh masuk dalam senarai tadika anak anda....

3 comments:

  1. al-fatihah....

    waaaa. tingat zaman tadika dulu. huhu

    derhaka pada ibu bapa??=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/10/6-jahanam-3.html

    ReplyDelete
  2. sedih kan. ade kawan i baru jugak kehilangan suami.. anak kecik lagi.. dua orang anak dia

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails