Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, July 10

Kedatangan bonda mertua...

Tak banyak perabot kat sini. Cuma ada meja solek dan almari pakaian

Katil queen

Set bilik tidur ni baru beli kebetulan ada diskaun besar besaran kat kedai perabot depan Avilla Apartment i kat Puchong. Set bilik tidur ni berharga lebih kurang RM599. Ini termasuk tilam, meja solek, almari baju 2 pintu. Disebabkan i beli tilam, katil ni free ajer. Kalau set bilik tidur katil single warna putih, meja solek dan almari baju cuma RM399 tau. They all nak perabihkan stok gamaknya.....giler murah. Hubby beli ni sempena kedatangan bonda mertua tercinta. Hubby kata terus beli set ni sebab kalau beli tilam, dapat sekali ngan katil size queen ni. Actually katil ni free jer. Kalau orang datang tidur, at least dah ada katil queen.  I ingat dulu dulu masa i kahwin, set bilik tidur kurang2 RM1,000+++ ke atas. Now dah murah ye?... Selimut dan sarung bantal tu dari Ikea. Cadar hijau lembut tu dari Jusco. Wall to wall carpet tu saje pilih warna earth tone so senang nak matching dengan warna perabot dan cadar. Wall to wall carpet tu, kalau kena gaya lagi murah dari carpet. Konsep minimalis yang berwarna tanah membuatkan bilik tu tampak selesa. Chewaahhh macam ayat mags deco jer...hehehehe....

1 comment: