Ahad, Mei 22

Liputan tragedi tanah runtuh Hulu Langat

Lembah Azwen tempat memberikan sumbangan kepada keluarga mangsa dan anak2 yatim

Kronologi kejadian

Berminat untuk memberikan sumbangan? Hubungi nombor di atas

Rumah anak2 yatim

Khemah yang didirikan di kawasan tanah runtuh

Rumah anak yatim dan kawasan tanah runtuh. Memang sangat dekat dengan bukit

Pakatan rakyat pun turun padang...ada di highlight di TV??

Sepupu i dengan anak2nya....wajah anak di sembunyikan untuk privasi keluarga mangsa...sangat sebak tau....airmata i pun tak tertahan lagi sebab i juga terfikirkan arwah papa i dulu...

Ramai ke tanah perkuburan ni termasuk reporter

Imam2 Muda pun ada. Duduk betul2 kat belakang Imam yang membaca talkin. Not sure mereka datang untuk apa.....yang pasti ada i tanya ibu saudara mangsa kejadian ni....biarlah off record sahaja...

Mangsa semua sudah selamat dikebumikan di dalam satu liang lahat. Ada 7 orang kesemuanya

Van membawa Imam Muda

Jalan sesak di persimpangan masuk ke Tanah Perkuburan

Sangat terkejut dengan berita ini. I tak sangka berita yang hubby i dapat update dari The Star ke handphone setiap hari, salah satu beritanya ada related dengan i juga. Hubby i memang update berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat. Rupanya, salah seorang yang meninggal itu adalah anak kepada sepupu i. I terus ke tanah perkuburan di Hulu Langat selepas selesai ambil report card Dania (yang dibuat Hari Ahad) dan selesai makan tengahari. Kami tak sempat tiba masa sembahyang jenazah. Kami terus ke tanah perkuburan.

Jalan menuju ke tanah perkuburan tu sangat sesak kerana ramai yang menuju ke tanah perkuburan di sana. Jalan ke sana sangat sempit. Kami terpaksa parking jauh dan i menapak jauh. Menyelusuri jalan berbukit. Hubby tunggu dalam kereta memandangkan dania tengah tidur. Di kawasan perkuburan cukup ramai orang kerana ada 7 mangsa ditanam di dalam liang lahad yang sama. I jumpa beberapa saudara i termasuk sepupu i yang sedang diuji oleh yang maha esa. Hubby sepupu i itu (bapa mangsa) adalah juga salah seorang orang kuat sekolah tersebut. Tak semua yang meninggal itu anak2 yatim. Anak sepupu i tu pun bukan anak yatim.

Pada masa kejadian mereka sedang sibuk membuat latihan kompang kerana ada orang yang hendak datang melawat menurut kata nenek mangsa yang juga ibu saudara i. Siapa sangka kan? Memang ramai orang melawat tetapi melawat mereka yang terbujur kaku. Anak sepupu i tu dijumpai pada jam 12 tengah malam. Waktu kejadian pada jam 2.30 petang.I sempat bersalam dengan sepupu i (ibu mangsa). Sangat sebak ok kerana sepupu i tu duduk jauh dari orang dengan seorang anak kecil yang dipangku sedang tidur dengan dua anak yang duduk bersama sepupu i tu. Anak sepupu i tu 8 orang (tak silap i. i memang lost count....). Mangsa anak ke 4. Sepupu i dan suaminya tu keduanya seorang Dr. Hubby sepupu i tu Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Putrajaya. Sepupu i juga seorang Dr tetapi berhenti bekerja untuk mengasuh sendiri anak. Dulu memang sepupu i ni banyak juga bagi pendapat tentang keadaan arwah papa i termasuk mama i.

Selepas tu i sempat meninjau di tempat kejadian. Walaupun mangsa semua sudah dikeluarkan, Masih ramai orang di tempat kejadian. Rupanya mereka sibuk membuat persiapan kerana Sultan Selangor akan melawat tempat kejadian pada hari isnin. Patut i nampak rumput2 yang tinggi tu dimesin di jalan nak masuk ke tempat kejadian. Senario biasa bila ada VVIP yang nak datang. Sebelum tu pun maybe tak ambil berat pun. Sepanjang jalan ke tempat kejadian masih lagi tanah merah. Memang kena masuk dalam dari jalan utama tu. Di sana memang kawasan lereng bukit, ada sungai mengalir lagi....cantik sungguh tempatnya selain masih lagi banyak hutan / kehijauan di situ. Menurut kata polis trafik di situ, khemah yang didirikan di tengah antara cerun bukit dan bangunan asrama. Pihak penyelamat terpaksa memecahkan dinding asrama untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus. Selain tu adik beradik anak kepada tukang masak di sana turut menjadi mangsa korban. Kawasan kejadian tempat berkumpul parti2 politik seperti Pakatan Rakyat dan Wanita Umno juga....i ada di situ jadi i tahu ada satu kejadian yang i nampak depan mata i. TV tak highlight tu. Highlight yang penting jer....



Takziah kepada Kak Nina sekeluarga......You alls viewer My Small World, sedekahkan al fatihah yer.....



****dariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali

13 ulasan:

  1. al fatihah...sedih sgt tgk berita ni...

    BalasPadam
  2. al fatihah...sedey je berita ni...sue pun baru tau mlm ari kejadian 2...

    BalasPadam
  3. ALfatihah utk semua mangsa dah takziah utk keluarga yg kehilangan ahli keluarga mereka.

    Moga anak2 ini akan syahid hendaknya..

    BalasPadam
  4. Mek.. sayunya hati.. Siapala kita yg dpt melawan takdir Tuhan.. Mgkn ada hikmat di sebalik apa yg berlaku sume ni.. Semoga roh2 mereka aman di sana....

    BalasPadam
  5. salam...

    kesedihan yang tidak dapat digambarkan..
    adik ipar sy juga adalah salah seorang mangsa kejadian.
    alhamdulillah die berjaya diselamatkan..
    takziah bt keluarga sepupu awak..
    al-fatihah bt mereka yg terkorban..
    pemergian mereka adalah satu kehilangan yg besar bg kami..

    BalasPadam
  6. sayu je hati ble tgk berita pasal nie..
    alfatihah buat mangsa2..
    dan salam takziah..

    BalasPadam
  7. alfatihah n salam takziah utk keluarga mangsa..
    sumenyer itu para2 bidadara syurga ...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...