Rabu, April 13

Birthday Syirah di Splash I Jumpa Aaron Aziz lagi....

Goodies Dania....suka sangat bear tu...

Dania and ummi

Ni baju yang i pakai...ala2 Red Mummy la pulak. Pose depan cermin....

Dania lukis heart

Pose lagi

Kid's Room

Tengah nak body paint

Mr Clown pun ada

Buah tangan buat si kecil. Comel tak? Bear untuk girls, toy truck untuk boys

Sebelum nyanyi lagu birthday

Ternganga anak ummi nih...

Activity room. Dania dan kawan2 main belon

Ice cream station

Cantik sangat kek ni. Princess tu pun boleh makan taw...bukan patung...

Choc dipped

Cuppies dan dessert

Fesyen ke party harijadi Syirah. Masa pose ni Dania tengah takde mood...hehehe. tu muka masam tu..

Dania dan uncle Aaron

Dania dengan uncle Aaron Aziz

Pada hari Sabtu yang lepas, me dapat jemputan untuk majlis harijadi yang diadakan di Splash, Hotel Westin. Kami 3 beranak pun pergi la ke majlis harijadi itu. I kalau majlis harijadi mesti nak merasa kek harijadi. Hehehe.
Splash ni kali kedua i pergi. Masa kali pertama majlis harijadi anak Aaron Aziz. Kali ni anak kawan i, Ezan yang kebetulan memang berkawan dengan Aaron Aziz dan Diyana. I pun tanya lah kawan i ni.

Me : Eh Diyana tak datang ke?
Raudah : Datang tapi biasalah star....datang lambat ler...

(Diyana ni merupakan isteri Aaron Aziz...hehehe....sebenarnyer....i nak tanya Aaron datang ke? Taktik eh....hihihi)

Tak lama lepas tu i ternampak Aaron. Dengan mode excited i cakap kat hubby. Abang Aaron lah bang. Hehehe. Kebetulan i nak hantar Dania ke Kids Club. Aaron pun hantar anak dier ke situ.

Me : Aaron, patut u menang ABH (Anugerah Berita Harian) hari tu. Tengok2, Shaheizy Sam yang menang.
Aaron : I memang tiap tahun jadi calon tapi tak pernah menang pun.
(Alahai kesian jer statement Aaron tu)

Sebelum balik, i minta izin suami supaya bergambar dengan Aaron. Hubby segan woooo....jadinyer i panggil Dania untuk bergambar.

Me : Aaron leh bergambar dengan my daughter ??

Aaron : Boleh.

Me : My daughter tak percaya you berlakon dalam KL Drift. Dia kata tu bukan ayah dwi. ayah dwi baik. (Dalam KL Drift kan Aaron gangster....Dania tak percaya itu Aaron....)

Aaron : Alahhh sayang tu berlakon je.

Me : Diyana....anak i bergambar dengan Aaron yer?

Diyana : Eh boleh.

Lepas bergambar, Diyana sibuk promote kat i suruh tengok hubbynyer kat Astro citer Ombak Rindu dan kat wayang. Aaron kata tak payah tengok la kat wayang tu ganas. Aaron cam malu2 meow pulak. I bet mesti ganas wayang terbaru Aaron.

Sebelum balik i suruh Dania salam Aaron....mak dier tak salam okay.....bukan muhrim....hehehe...










2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...