Monday, January 10

Tudung awning

Tudung kanak2 ni macam tudung orang dewasa jer

Tudung kanak2 yang ada awning

Kedai kat Seksyen 7 Shah Alam

Dania bertudung biasa tanpa awning (Tudung dan serkup kepala setelah dikemaskan oleh ummi)

I pergi ke Shah Alam ni semata-mata nak beli tudung awning untuk Dania pakai pergi sekolah. Tudung yang Dania pakai pergi sekolah tu jenis licin jadinyer bila balik sekolah, ummi tengok serabai sungguh dengan tudung yang senget benget dan serkup kepala yang senget dan hampir2 nak tutup mata. Aduhaii anak ummi nih....Biasalah kan umur 7 tahun tak reti sangat nak kemaskan pemakaian tudung ni (Errr i masa 7 tahun tak pakai tudung lagi....). Kalau dah umur 12 tahun tu terer la nak kemaskan tudung yang senget benget nih.......Kebetulan ternampak my friend post picture anak dier pakai tudung awning kat facebook. Kemas je tudung awning ni kalau dipakai oleh kanak2 cam dania ni. Senang dan leh terus pakai je. Lepas tanya beli kat mana, i pun zoom ke Shah Alam. Tersesat sikit sampai masuk ke kawasan perumahan masa nak cari kedai ni. Hehe....Tiba je kat kedai, i cari tudung yang dimaksudkan. Tudung ni berharga RM10.90. Mintak kurang kemain susah. Tak bagi tu. Lepas tu i berkenan pulak kat satu tudung awning bercorak untuk kanak2. Terus i mintak kurang sebab i beli 2 helai. Akhirnya, dia bagi la discount 90 sen. Sebenarnya bukan apa...kedai ni agak susah nak bagi diskaun. Kawan i mintak diskaun 10 sen pun tak bagi. Kawan i yang anaknyer pakai tudung awning kat bawah ni pun, dia borong 5 tudung awning ni tak dapat diskaun pun. I pulak berjaya mendapatkan diskaun sehingga 90 sen. Hahaha...Janji dapat murah sikit. Err agaknyer i terlebih sudah....

Tudung awning ni kalau pakai kemas je nampak....
Kiri : Fitrah, Kanan : Aisyah

**Photo diambil dari Facebook Salina**




4 comments:

  1. memang nampak lg kemas pakai tudung awning esp utk budak2 hehhe

    ReplyDelete
  2. @Mama Zharfan

    Tudung awning ni kasi ada bumbung sikit. Kalau tengah panas elok je redup....:)

    ReplyDelete
  3. kat seksyen 7 belah mana tu? depan ipoh white coffee..

    ReplyDelete
  4. I tak sure depan Ipoh White Coffee tu tapi yang nyata sederet Miza Kopitiam yang sekarang ni jadi Kayu Nasi Kandar.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails