Saturday, January 1

Selamat Tahun Baru 2011


Wah kejap je kan...pejam celik pejam celik 2010 dah nak melabuhkan tirainya. 2011 bakal bertandang pula. So macamana resolusi tahun 2010 i? Err i tak pernah nak buat azam tahun baru pun....yang penting kalau nak buat, buat aje. Tapi tahun 2011 ni, i rasa i nak simpan duit yakni berjimat sikit. Dania pun dah nak masuk Darjah 1, jadinya mesti lebih sikit peruntukkan untuknya. Akaun Tabung Haji baru dah dibuka hari tu. Tahun 2010 ada juga meninggalkan kenangan pahit baik kenangan manis. Jadikan tahun 2011 lebih baik dari tahun sebelumnya. Kalau boleh i nak menang lagi dalam contest di Malaysia ni. Tahun 2011 pula i bakal mendapat anak sedara baru. Nak masuk 3 dah anak adik i ni. Dania jer dok statik sengsorang. Opps jangan tanya bila nak tambah adik lagi.....soalan sensitif tu. Kalau ada rezeki Allah bagi. Kita hanya mampu berusaha.

Selamat Tahun Baru 2011 dari penulis Blog My Small World !!!

3 comments:

Related Posts with Thumbnails