Selasa, Januari 18

Kawan yang lama tak jumpa

My batch di UiTM Terengganu

My senior di UiTM Terengganu

I jumpa 2 kawan lama i nih. Yang senior nama Kak Sa tu kebetulan i nak beli face towel yang Kak Sa ni jual. Me pun set nak jumpa di McD. Sambil2 Dania main2 kat playground, me and Kak Sa rancak giler berbual sampai tak sedo dah kol 7pm. ishhh kena balik la. Dekat maghrib dah. Burung2 pun time ni sibuk balik sarang...hehehe

----------------------------------------------------

Kawan yang kedua ni i jumpa kat Pejabat Pos. Sedang sibuk i duduk datang le kawan i ni.

Ella : Na?
Me : Ye...nama sape ye? Nama lupa tapi ingat muka.
Ella : Ruhaila la.
Me : Kat UiTM Terengganu kan?
Ella : Ye ambik accounting.
Me : ambik Business dulu.

Dah pot pet pot pet...mata dok tengok nombor kalau2 kena panggil. Bila nombor i kena panggil, i terus ke counter. I nak renew roadtax and insurance motor hubby. I pun bagi geran motor.

Pos Malaysia : Harga semua RM100++
Me : Ha?...alahai takpelah...saya tak bawak duit lebih (sambil dalam hati geram jugak dengan hubby ni bagi duit tak cukup) Hubby pulak masa tu kat masjid solat jumaat. Me tolong Mr Hubby la ni...

Tetiba my friend ke counter dan dia tawarkan nak bayar dulu. Haha...terpaksa la. Kalau tak sia2 kena tunggu lama then kalau tak renew i kena beratur lagi. Lepas bayar, i ikut my friend ke Giant dan i gi ATM dan bayar balik duit my friend. Kalau my friend takde lagi haru....rezeki sungguh....haha....

Thanks Ella ye !!! 


****Eventhough dekat U dulu tak berapa bercakap tapi sekali jumpa banyak pulak nak dibualkan. Pot pet pot pet non stop...hehehe

2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...