Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, December 24

Taiji Dolphin



Video taken from : YouTube

Pada mulanya hubby download cerita ni sebab ingatkan ni movie pasal dolphin / ikan lumba2. Tengok punyer tengok rupanya dokumentari penyembelihan ikan lumba2 di Taiji, Jepun. Kalau tengok dokumentari ni kesian tengok macamana ikan lumba2 ni disembelih. Ikan lumba2 ni dicucuk dengan tombak panjang. Dua tiga kali. Menggelupur seksa i tengok ikan lumba2 ni. Ada i nampak aktivis Mat Salleh yang datang untuk menyaksikan pembunuhan ikan lumba2 ini dengan membawa kamera, video camera tapi dihalang oleh nelayan tempatan Taiji. Mereka membawa segala macam peralatan dengan tujuan untuk mengumpul bahan bukti. Ada diantara mereka yang memotong pemukat yang mengelilingi ikan lumba2 kemudian dihalau oleh nelayan tempatan. Mat Salleh ni kan sangat particular bab2 melindungi haiwan yang terancam dari pupus.


Fakta mengenai pembunuhan ikan lumba2 Taiji.

1. Sebanyak 23,000 ekor ikan lumba2 dibunuh di Taiji untuk industri makanan mereka.

2. Ikan lumba2 juga ada yang dijual untuk tujuan pertunjukkan.

3. Ikan lumba2 tidak sesuai untuk dimakan kerana mengandungi merkuri. Ikan lumba2 makan ikan tuna. Ikan tuna pula mengandungi merkuri.

4. Pada masa persidangan, wakil Jepun mengatakan bahawa tujuan mereka membunuh ikan lumba2 kerana ikan lumba2 menyebabkan spesis ikan lain merosot bilangannya.

5. Daging ikan lumba2 diedarkan ke sekolah2 di Taiji untuk makanan pada waktu rehat.

6. Wakil perikanan menyatakan ikan lumba2 mati dengan sekali tikaman sehinggalah ditunjukkan bukti melalui kamera video oleh seorang Mat Salleh ni.

7. Akhirnya wakil perikanan ini meletak jawatan dan sampel rambutnya didapati mengandungi merkuri.

Mat Salleh ni dan kumpulannya melancarkan gerakan untuk meletak kamera tersembunyi di sekeliling tempat pembunuhan / penyembelihan ikan lumba2 untuk dijadikan bahan bukti. Akhirnya memang terbukti cara penyembelihan itu amatlah kejam. Ada 1 part yang menunjukkan Mat Salleh ni demi memprotes penyembelihan ikan lumba2 ini memakai TV di badannya dan berdiri di tempat orang ramai di bandar Jepun. Bahan bukti itu akhirnya menyebabkan wakil Jepun itu dilucutkan jawatan, wakil perikanan itu meletakkan jawatan dan ikan lumba2 tidak lagi diedarkan di sekolah2 di Taiji. Ternyata usaha murni mereka itu berbaloi.

Ikan lumba2 adalah satu spesis ikan yang cerdik dan comel.........



Video taken from : YouTube

Bilalah boleh tengok dolphin show nih????



5 comments:

  1. tak sanggup nak tgk..sbb me senang nangis...

    ReplyDelete
  2. @Mama Zharfan

    Kesian suzz...aktivis pompuan mat salleh tu sampai nangis2. lelaki pun ada yang nangis....kesian suzz ikan lumba2 tu...

    ReplyDelete
  3. kejam!
    sian ikan lumba2 tu..

    comelT___T

    ReplyDelete
  4. tak sangguup jugak nak tgkla.. ikan lumba2 tue kan cute

    ReplyDelete