Isnin, Disember 27

Balik kampung.....oh oh oh balik kampung

Gaya 2 budak cilik

Kampung hubby kat seberang sana...kena cross jalan yang sibuk ini

Rumah pengantin

Dania dan Awatif berpimpin tangan

Hubby ajak balik kampungnya di Kedah sebelum cuti sekolah bermula. Jadinya sehari sebelum Krismas, kami bertolak ke Alor Setar, Kedah. Kami bertolak pukul 5 petang waktu Selangor dan tiba pukul 3 pagi 25 Disember waktu Kedah. Lama kan nampaknyer perjalanan kami kan? Sebenarnya kami banyak berhenti rehat di perhentian. Driver nak berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Takpe, biar lambat asal selamat. Kami balik kampung ni pun senyap2 ta beritahu mak mertua sebab tak nak bagi mak mertua tertunggu tunggu dan risau. Maklumlah selalunya balik Kedah 5 jam je. Ni kami mengambil masa 10 jam lebih nak sampai. Sebenarnya hubby berhenti banyak kali nak berehat tu ekoran dari peristiwa lampau.....kami bertiga terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Di mana kami bertiga termasuk driver tertidur.......sedar2 dah terlanggar kereta Kembara. Kembara dah tergolek di lane laju dan kereta Vios kami (dulu pakai Vios edisi sebelum Dugong.....) . Miracle nyer ialah, kami semua tak merasa impact perlanggaran dengan kereta Kembara. Vios kami tu menghentam divider di kiri jalan. Sedar2 kereta dah berhenti dan i nampak kereta berderet belah kanan (jam disebabkan kami)......dania bangun tidur masa tu tersenyum dengan tak tahu apa yang berlaku. Alhamdulilah Allah selamatkan kami masa tu. Jadinya pendekatan berehat apabila merasa mengantuk adalah sangat efektif.

Di kampung, ada kenduri kahwin. I tak bawak pun baju kurung jadi belasah je seluar slack dengan blouse. Janji tutup aurat. Hehehe.....i bawak sorang budak ni merupakan 3 pupu kepada hubby i sebab nenek kanak2 tu sepupu hubby i. Kenduri kahwin tu pulak perempuan dan lelaki dipisahkan jadi me, dania dan awatif ke bahagian perempuan. Hubby ke bahagian hadapan rumah. I la tukang ambik nasi dan lauk untuk 3 mulut ni....

Kat mana lagi ye kenduri kahwin.....tempat lelaki dan wanita diasingkan?

12 ulasan:

  1. seronok nyer cuti cuti
    biar lambat
    asalkan selamat kak (:
    HATIHATI

    BalasPadam
  2. apa yang terjadi telah jadi pengajaran kan..begitu gak dengan ellen...

    BalasPadam
  3. ish, bahaya tu ezz...semua tertido..ngeri me dengar--syukur u selamat :)

    BalasPadam
  4. @Mama Zharfan

    Memang ngeri suzz....driver pun ikut tidur yg tak tahan tu...

    BalasPadam
  5. aduhhh mujur x jadi ape2 .. syukurrr ..

    ps : ada ker lagi dikk kenduri yg diasingkan org lelaki dan perempuan huhuhu

    BalasPadam
  6. @ieda

    Ada kak ieda...kat kampung suami saya. he he

    BalasPadam
  7. Rindunya kat kampung halaman.. Dah xde kampung... :(

    BalasPadam
  8. @deCrewz

    kesiannya...mungkin kg dah bertukar jadi bandar atau lahir kat bandar ni?...

    BalasPadam
  9. Ezna, i went to two kenduris previously yang asingkan makan laki dan perempuan.. tapi hmm honestly i seriously kurang berkenan dengan cara begini.. sebab kebanyakkan yang datang kenduri adalah satu keluarga, satu family.. kalau ade anak2 yang dah besar sikit tak pe, tapi kalau ade anak kecik, leceh sangat.. sebab selalunyer parents will take turn makan kan..

    BalasPadam
  10. @Em's Family

    tu lah...pergi mmg 1 family. bila time nak makan, selalunyer mummy la yang kena entertain anak2 yang berderet.....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...