Gunung Santubong yang berkabus di belakang bilik hotel kami
Seterusnya, on the way ke bandar kuching, i ada tanya pemandu teksi yang peramah itew. Mana ada jual mee kolok. Nak juga i merasa makanan orang Sarawak. Terus pemandu teksi bawak kami ke satu tempat ni. Tak sure kat mana. Merasa jugaklah i makan mee kolok, hubby mencuba mee anggun dan teh beng. Teh Beng ni special sebab minuman ni dicampur dengan santan jadi rasanya lemak2 manis gitu. I tapau setengah mee kolok i sebab tak lalu dah nak menghabiskannya. Mee kolok ni ada yang digoreng. I order yang dimakan dengan sup. Lauknya daging beserta perut. Bentuk mee kolok ni macam maggi cuma mee ni kecik sikit dari maggi tu. Sebelah kedai makan ni ada jualan kuih tradisional orang Sarawak. I pun beli kuih kit manis. Rasanya macam bahulu cuma ia keras sikit. Balik bilik, kami rehat + solat sebelum kami keluar bilik untuk menikmati keindahan petang di tepi pantai.
Laut China Selatan bergelora waktu ni. Tidak digalakkan mandi sebab ombak kuat. Tapi ada je yang mandi. Tambahan pihak hotel pula kata obor2 pun ada. Masa duduk kat lobi hotel, terborak dengan family dari Sweden ni. Dania kebetulan offer Twisties kat anak2 mat saleh ni, sampai kesudah they all mintak lagi...he he he. Cerita pasal mat salleh ni i teringat cerita lecturer i. Dia ni pergilah rumah kawan mat salleh semasa menuntut di luar negara. Kemudian mat salleh tu tanya what do you like to drink?. Lecturer i kata no thanks (Macam ala2 kat Malaysia la tak payah la susah2 kan)...akhirnya mat salleh tu tak bagi lecturer i minum air. Dalam hati lecturer i , dia punyerla haus. Ha ha ha. Moral of the story, mat salleh ni cakap straight forward. Kita ni berkias. Masa berborak dengan mummy mat salleh ni, dia kata dia bercuti di Malaysia ni selama sebulan. Kebetulan dia on maternity leave. Maternity leave dia dapat 1 tahun. Lama kan? Kita 2 bulan je.
mee kolok tu nampak sgt sedap :)
BalasPadamwah2 dikk ..
BalasPadammee kolok ! ... ermm nama pelik tapi nampak mcm maggie kann :)
cantik permandangan di sana .. leh nampak gunung santubung .. ermm disana hujan jugak ke dik ??
ada kabus tuu ..
salam..
BalasPadamMasa pegi sana dulupun cari mee kolok juga..rupanya rasa mcm meggi je hehe..cuma yg sedapnya nenas sarikei..manis walupun nanmpak muda