Isnin, Mac 22

Sesi keluar dengan kawan 19 March 2010

Dalam pukul 10.25am i dah bertolak dari rumah nak pergi jemput my friend kat Bukit Subang dan kami akan have a chat kat Restoran yang dier nak perkenal kat i. Restoran Mak Jah kat Bukit Jelutong Shah Alam.

Warung kopi Mak Jah ni ader dalam citer bersiri Kasanova XXL
Kasanova XXL ni citer sorang mamat ni yang berbadan besar (adik Zizie Ezette, lupa dah nama), jatuh cinta ngan sorang minah ni (Emelda Rosmila) Kenal dalam internet akhirnyer bila Minah ni nak jumpa, tak nak la mamat XXL nih....akhirnyer mamat ni kurus. Mamat ni selalu lepak kat Restoran yang diusahakan oleh minah ni. Akhirnyer dapat tau mamat XXL ni....Mamat ni suka masuk contest Silangkata dan akan letak signature dier gambar Merpati. Nama internet minah ni Merpati Blue. I selalu ikuti siri ni dengan hubby kat TV3 dulu pukul 11.00 malam rasanyer setiap hari Selasa

Sangat cosy Mak Jah ni ader kolam ikan lagi dalam restoran

Counter Minuman

Me, Dania dan my friend posing sebelum makan...

Fresh Orange dan Nasi Goreng Cina untuk i....

Lontong pilihan menu my friend

Tauhu bakar yang pedas tapi sedap ler...

Chat, makan, chat, makan, chat, makan masa berlalu cepat sangat....kami pun ke destinasi seterusnyer. Plaza Alam Sentral Shah Alam.I stop kat Nagoya Plaza Alam Sentral. Banyaknyer pilihan kain langsir. Bawah RM10 pun ader????.....Dania kat dalam Nagoya dok berlari-lari. Dah lah i tak nampak sebab papan letak kain tinggi2. Dania kenit jer. Dah tu jerit2 ummi kat mana.....aduhhhh.....i pun terjerit2 panggil nama Dania....notti ler...

Kain langsir dalam list i

Lagi kain langsir

Sheer yang i berkenan sangat

Lepas tu jalan lagi, i ternampak blouse ni harga RM50 jer...sebab sayang duit i tak beli...dah ader budget nanti akak datang ye dik....

Blouse ni warna purple...

Dania main sorok2....Dania : ummi nampak Dania tak??....

Jalan2 ternampak baju Kaftan untuk budak2. Sangat comel ader batik lukis gambar Minnie. I pun suruh Dania try dan i angkat satu untuk Dania.

My friend belanja we all Portugese egg tart dan Donut....
Yummy sungguh Portugese Egg Tart nih...1st time i rasa.

Dah penat pusing2 kami minum kat Ani Sup tingkat bawah. Perghhh sangat penat...Lepas tu sebelum hantar my friend ke rumahnyer kat Bukit Subang. Kami survey kedai perabot kat Bukit Subang...

Sofa yang cantik2

Sofa lagi....

Dan lagi.....

Lepas tu dari 1 kedai ke 1 kedai masuk. Entah berapa kedai sampai mata i naik letih. Badan pun capek....hihihi.....Dah hantar my friend balik, terus i bawak kereta menuju ke rumah....

Malam as usual kalau penat makan kat luar je eh abang???.....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...