Selasa, Mac 2

Restoran yang kami pergi....

Ni ada 3 Restoran yang i gi makan baru2 nih....

21 Feb 2010 - Kayu Nasi Kandar

 
 Kerusi besi duduk kat open air

  
 Roti Canai Kayu

  
Hah ni Roti Tisu ni nak sama panjang ngan meja daaa sampai kena alas 3 pinggan. Yang ni very sweet rasanyer....Skali skala takper lah...

 
 Mamak ternampak i ambik gambar, posing la pulak masa dier tengah menggoreng....

Restoran A Hassan Sdn Bhd- 27 Feb 2010

I gi makan ni kat Cawangan Awan Besar Kesas Highway. Lauk pauk masakan kampung yang sedap. They all dari Kelantan. 

 
 Restoran dari arah depan

  
 Tengoklah meriah tak lauk pauk kami??, ada petai, telur masin, ketam masak lemak, ikan keli.....Dengan harga RM24 dapat semua ni termasuk teh o suam dan teh o ais limau!!! Kalau McD sikit jer dapat. Kekadang tak kenyang pulak tuh....tapi lagi mau makan kat McD...hahahhahahaha

  
 Dah lama tak pekena ketam nih....ambik terus sekor. I sorang je makan. Hubby mintak i tak bagi ambik banyak2....kedekuts ler...

Ayah cicah budu

Kat dalam restoran. Luas jugak...bagi yang nak rasa ayam kampung goreng, RM4 seketul datanglah sini

Restoran Ismail Taman Tun Dr Ismail - 28 Feb 2010

Arah depan

Kat sini memang famous dengan nasi beriani yang sedap jadi kami makan order nasi beriani dengan lauk kambing dan ayam masak madu....Sekali orang tapau sampai 3-4-5 bekas....

Ni lauk kambing

Nasi beriani yang mengancam!!!!...Portion yang very the generous.....
Ni lauk wajib i, ayam masak madu...memang Yummy!!! seketul ayam jer ni. Punyerlah besar....











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...