Love Letter dari ayah untuk ummi.....
Lepas tu headed to bengkel berdekatan dengan rumah kami kat Tesco Puchong Jaya. Ada bengkel kat situ. Masa nak bergerak dari Bukit Jalil Lrt Station pun kereta langsung takder power.....hishhh orang pun dok hon jer. Tiba bengkel, entah macamana, lambat sungguh nak entertain kami pun decide ke bengkel di Damansara Uptown sebab aunty bengkel tu dah kenal lama hubby. Perut pun tengah lapar. Kereta kami pun di check buat kali ke 2 di bengkel Damansara Uptown. Lama sangat tunggu kami gi makan kat Nasi Ayam Berlada Damansara Uptown. Perghhhh pedas oohhh....Nampaknyer rumah my friend kahwin kat Bandar Tasik Puteri Rawang tak dapat pegilah......
Bengkel di Damansara Uptown
Nasi Ayam Berlada yang sedap tapi pedas.....berair hidung nak menghabiskannyer....
Masa tengah tunggu kat bengkel ni, hujan punyerlah lebat. Sms Zubye takut tak jadi sebab mungkin hujan kan....Bengkel kat sini pun tak leh nak buat sebab spare part takde. Aunty tu cuba try cari kat bengkel lain tapi takde stock.I thought kejap je nak tukar spare part kalau ada yang perlu tukar.
I tengok masa dalam pukul 4.00 pm, on the way nak pergi ke bengkel yang kami tak check tadi sebab ada logo kereta kami, Skoda. Call Zubye, our photographer cakap photoshoot terpaksa reschedule sebab kereta kami under power. Masa pergi, takde stock untuk ignition coil pulak. . Bayangkan, kereta kami lambatttttt nak naik bukit. Risau tak berjalan jer....Masa nak buat U-Turn kengkonon nak balik rumah lah, ternampak bengkel yang ada logo Skoda. Terus singgah.
4 orang mekanik berkerumun nak tengok kereta i ni sakit apa. Risau jugak sebab my car selalu hantar bengkel Skoda sahaja. Mekanik2 ni agak teragak-agak nak bukak enjin kereta dan plug kereta sebab tak sama dengan kereta yang lain. Kalau anda tengok ni terjadi kat kereta anda, apa anda rasa?.....adoyaiii takut lah kan....
Kali ni agak confident sebab director bengkel kenal dengan Supervisor bengkel Skoda.....En Guna. My hubby pun call En. Guna ni sebelum ni nak tanya pasal status kereta kami cuma hari ni En. Guna yang tau banyak pasal kereta Skoda ni bercuti pulak....nak dijadikan cerita pulak....Kereta kami ni unik sebab tak sama ngan kereta lain. Spare partnyer sama dengan kereta Volkswagen (VW) dan Audi sebab semua kereta ni under Volkswagen Group dan teknologi yang digunakan dari Jerman. Mat Salleh ni punyerlah smart sebab spare part ni direka bagi unik dan tak sama dengan kereta2 lain jadi sales mereka akan naik lah. Dalam masa yang sama agak susahlah bagi kami ni nak cari spare part....
Masa kereta tengah check tu, Dania pun
Susun kerusi dan nak tidur....sian anak ummi nih....
Nak tentukan kerosakan kat mana2 alat komputer ni digunakan untuk detect kerosakan kereta kami. Boleh digunapakai untuk kereta Audi dan Volkswagen. Ni sebab i menanya brader Mekanik ni ler....
Ni lah bengkel yang last kami pergi. Sumer sekali bukan 1 tapi 4 bengkel dan takder apa yang boleh buat sebab hari sabtu. Kebanyakkan barang susah nak dapat. Kena dapatkan hari isnin ler.....Ayah Dania terpaksa la 1/2 day on Monday sebab i tak confident nak bawak kereta yang terkemut-kemut nih. Bunyi dah macam motorboat dah.....jadi hari ni 2 plan kami yang tak dapat dilaksanakan.
1. Pergi kenduri kahwin kawan.
2. Photoshoot keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.