Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, December 11

Mummy & Kid's Day Out 11/12/2009

Banglo tempat casting ni banglo lama sampai tak percaya ni tempat casting...
Passion Pictures, KL


Dania posing depan Passion Pictures


Pagi ni ummi dan Dania nak pegi casting iklan Colgate untuk Dania kat Lorong Gurney, Kuala Lumpur. Uihhh casting lagi...bulan ni je, Dania ada 3 casting termasuk Colgate ni. Satu kat Mugshot Bandar Sri Damansara untuk iklan Fernleaf dan dua untuk iklan Lifebuoy kat Chilli Pepper, Petaling Jaya. Takpelah ada rezeki adalah......Dania kat tempat casting tadi?....ehmmm org tu suruh nyanyi, bercerita.....ehmmm Dania nyanyi and bercerita amatlah pelan suaranyer....macam malu-malu miow gitewww....nasiblah sebelum ke tempat casting, i dah tapau McD kat SS2. Perut pun dah terasa lapar....ngap jek kat dalam kete tempat parking Passion Pictures.

Lepas tu masa on the way balik, i singgah 1 Utama dulu....hihihi.....jalan punya jalan, i beli muffler kat Travel for All. RM10 je. pastu masa jalan-jalan ternampak iklan Princess & The Frog. Dania ajak tengok wayang. i pun cair and terus beli tiket. Wayang pukul 3.20pm dah sold out. i beli yang 5.30pm. Sempatlah nak solat Zohor dulu. Lepas tu jalan-jalan lagi ternampak kat Centre Court Old Wing 1 Utama ada buat Enfagrow Smart Camp. Dania terus lah join....kalau join sumer 5 activity tu, dapat lah redeem goodie bag. Fun jugak nampaknyer sebab tak lah crowded sangat sebab i pergi hari biasa.


Dania posing kat iklan Princess & the frog.....she always wanted to be a princess... :) say cheese.....


TGV 1 Utama



Dania tengah cuba aktiviti dekat Enfagrow Smart Camp, 1 Utama

Balik je....ummi kepenatan, jadinyer makan lah kami anak beranak kat luar. Kami pergi makan kat A&W SS2, Petaling Jaya.


Dania & ayah...amacam muka sama tak?....



Dania suka sangat suruh ummi atau ayah dukung nak duduk kat kaunter. Almaklumlah ketinggian belum cukup nak tengok apa ada kat kaunter....hihihi..tu peace sign dania....(ehmmm ummi nampak cam no.3 jer...)


Tempat makan kat dalam (kami duduk kat open air tingkat atas) siap bentuk bulat....tumpang ambik gambar jap kat sini. Unik jugak.


2 comments: