Hadiah buat pembeli tiket BTS World Tour Arirang in Jakarta

Saya memang dah niat nak bagi gift untuk pembeli tiket BTS saya ni Popcorn Bucket yang ada gambar anggota BTS tu seramai 7 orang. Saya beli dah lama dah tapi tahun ni la.Popcorn Bucket tu besar juga ya dan ianya diperbuat dari tin. Material macam tin biskut empat segi besar tu. Contohnya macam biskut tin Jacob. Haa boleh imagine tak? Kalau tak bagi masa pembelian tiket dibuat...later insya-allah saya akan poskan. 

Ni pun salah satu hadiah saya dah beli untuk birthday Dania. Saya letak item yang lain dalam bucket ni. Saya beli bucket ni kat Tik Tok GSC. Harga time tu ada promosi. 

Credit : GSC

Nak dijadikan cerita, pembeli tiket ni mengandung pula. Baru tahu pulak tu. Ok...tu yang gigih saya ke Anakku. Saya belikan romper dua helai dan satu tungku bayi. Romper ni pilih warna yang neutral la. Boleh pakai untuk baby boy atau girl. Tungku bayi pula boleh la tuam kat perut, tapak kaki dan sewaktu dengannya sebab nak elakkan angin. 

Nampaknya tema baju ni 'Animal Science' la Dania 😅


Ni saya beli kat Watsons. Ada kolaborasi dengan BT21. So saya masukkan dalam parcel juga. 


Mulanya saya tak tahu nak hantar ke Brunei guna kurier yang mana. Saya cari dulu kurier di Brunei dan DHL salah satu kurier utama di Brunei. Ni mencari la kurier DHL di Bandar Baru Bangi, Seksyen 9. Kecik je kedainya. First time juga hantar parcel kat sini. 


Actually saya dah wrap guna plastik hitam kat luar tapi DHL buka balik dan wrap balik semua. Mana la saya tahu kena buka balik kan...tapi bubble wrap dalam tu saya guna bubble wrap yang wrap barang2 yang saya order je. Saya simpan bubble wrap tu sebab boleh guna balik....

Kotak comel ni dari Line Friends. Saya ada order item dari Korea untuk hadiah birthday Dania so item semua masuk dalam kotak ni jadi saya guna kotak yang sama untuk pembeli tiket BTS saya sebab depan ni BT21 kartun kumpulan BTS. Hadiah ni dari Army untuk Army. 😅


Kedua staff DHL yang banyak membantu. Cik Jesicca dan En. Khazeman. Dah minta izin ambil gambar nak masuk dalam blog. 


Barang yang dihantar kena declare semua ya. Tak boleh hantar barang terlarang. Declare sebijik-sebijik tau. Siap kena declare harga juga. Lepas tu saya cakap la berbaloi beli Disney Squishy Makeup Sponge tu. Saya beli 80 sen je online kat Watsons. Bla bla bla....haha peramah pula saya. Jesicca kata ya lah sekarang ada promosi Raksaksa online Watsons. Memang DHL declare sebijik yang tertulis di plastik tu cuma tungku bayi tu je mana la nak translate ke Bahasa Inggeris kena google. Jadi baby herbal compress. Harganya saya bundarkan ajer. Strict ya kalau melalui udara ni. Baju bayi Anakku tu pun declare ada hanger jugak. Haaa detail sampai macam tu ya. 

Paling takut kalau kena bukak dek kastam je....takut suspect ada barang terlarang. Kotak saya comel. Mungkin ok la kot. Suspens juga saya. 

Dan....kalau kotak sebesar ini tak murah ya harganya. Cik Jesicca cakap kalau tiba kat kastam tu tak dapat dipastikan bila boleh lepas parcel ni. I guess sampai kastam tu puas hati la tak ada bawa masuk item yang mencurigakan. 

Harga ditentukan ikut lebar kotak, tinggi kotak dan berat barang. Jadi kalau nak murah, tips dia bagi ringan dan kecik la barangan yang nak dihantar. Berat barang ni 1.3kg tapi kotaknya yang agak besar sebab popcorn bucket tu tinggi kan. Lagi satu item saya ni di bawah harga RM100, jika mahal lagi kemungkinan besar kastam akan caj harga duti jadi penerima kena bayar which kita tak nak jadi macam tu la kan....


Dania masa saya ke DHL siap tidur dalam kereta. Buka tingkap la....lena sungguh bila saya ke kereta. Kemudian, saya ajak la makan ice cream dalam Petronas berdekatan. Aktiviti ni memang special untuk saya dan Dania. Dah lama buat gini. Bukan selalu la saya makan ice cream ni haaa....sesekali je. 


Ada troli kecik ni untuk budak-budak shopping. Comel sangat. 


Saya hantar parcel di DHL pada 1 Oktober 2026, pada 5 Oktober 2026 dah tiba kat buyer ticket dah tapi to her surprise.....

Ni semua hadiah dia....rezeki dia la....dan paling dia tak tahan terharu ialah Popcorn Bucket tu memang wishlist dia. 😭. Mulanya dia siap tunjuk gambar box kat husband dia. Husband dia terkejut sebab box besar. Takkan hantar dokumen guna box besar? Lepas tu dia tunjuk gambar hadiah ni. Lagi terkejut husband dia. Hadiah ni dapat mengeratkan dua negara la....Malaysia dan Brunei. 

Saya ada hantar dokumen iaitu surat kuasa untuk mengambil / redeem ticket yang perlukan setem hasil Indonesia. Fanny dah tampal dah kat dua surat ni. Tq Fanny!. Selebihnya e-ticket semua saya whatsapp ajer. Lebih selamat la dari hantar by post. Kot la parcel kena bukak kan.....

Saya kata salam perkenalan dari Malaysia. Untung ke dak beli tiket dengan saya? Hehe....untuk pengetahuan semua ya....beliau telah ditipu pembelian tiket BTS dan duit yang dikeluarkan tu rugi beribu-ribu. Tu yang pada mulanya susah juga nak meyakinkannya. Nasib baik saya ada blog je. Saya dokumenkan semua pembelian tiket saya. Tapi bayangkan kalau you kena tipu....even kita baca blog pun masih ada rasa ragu-ragu kan?. Tapi untungnya....currency rate Brunei Dollar ni tinggi juga. 

Kepada penipu yang menjual tiket BTS tu moga kena balasannya nanti ya.....disebabkan you...udah orang ragu-ragu nak beli tiket dengan seller. Saya jual pun sebab saya nak cover balik tiket yang saya beli. Dan....seller yang genuine ni sebenarnya bukan senang juga nak cari buyer ya. Sebab isu ni la. Saya iklankan di IG story dan threads....

Kita ada pilihan nak jadi baik atau sebaliknya....

 

Dan...dengan itu saya lega sebab dah tiba ke tangan orang yang sepatutnya....phewww...ni lagi satu saya nak bagi Popcorn Bucket ni sebab dia beli tiket BTS di Kuala Lumpur tapi ni orang Malaysia je la. Ibu dan adik2 dapat tiket. Dia je tak dapat. Kebetulan saya secure 1 tiket kat Cat 2 dan sama lokasinya dengan ibu dan adik-adiknya. Memang dia perlukan 1 tiket ajer....dia pun tak kisah duduk sorang. So ok saya jual tiket kepadanya dan nak yakinkan tu saya suruh tengok blog saya dan media sosial saya....tapi tak senang ya...saya rasa ada blog ni membantu juga sedikit sebanyak. Lagi satu saya ni memang banyak cerita. You tanya A, saya boleh explain sampai Z. 😆. Nak bagi betul-betul fahamnya....haaa puas hati kalau orang faham...

Ok....bab DHL pula...reliable la servis penghantarannya....DHL ni syarikat dari Jerman sebenarnya...mulanya founded in San Francisco, Amerika Syarikat pada tahun 1969. Founder dia terdiri daripada Adrian Dalsey, Larry Hillblom, and Robert Lynn. Jadi, kita tahulah DHL dapat nama dari akronim founder. HQ DHL sekarang ni terletak di Bonn, Germany dan dipunyai oleh syarikat Jerman DHL Group, dulunya dikenali dengan nama Deutsche Post. 

Jadi, nak hantar parcel / documents ke Brunei mungkin boleh menggunakan khidmat kurier DHL....





XOXO,
Ezna

2 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Ok ilmu baru..tq kak ...
    Alhamdulillah, selamat sampai semuanya...
    bertuah pembeli tu, mesti dia terkejut dapat surprise byk dari akak...
    semoga kebaikan yg kita berikan pd orang lain , kita juga akan dapat balasan kebaikan juga..Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga baik-baik ajer untuk kita semua....akak rasa happy sebab ada yang beli. Mulanya popcorn bucket tu je nak bagi...sekali tambah sana sini....beranak pulak hadiahnya. Rezeki dia la sebab pregnant pula.

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.