Seorang kawan saya berpeluang ke tanah suci. Mulanya kawan saya tu kata ada idea nak belikan saya mabkhara. Mabkhara ni tempat bakar Bukhoor / Bakhoor. Masa kat Malaysia tak ada rasa nak belikan untuk saya tapi masa kat tanah suci....Nor belikan untuk dirinya sendiri dan untuk saya.
Bila tiba parcel, macam eh rasanya tak beli apa-apa pun tapi bila buka dan ternampak mabkhara dan payung masjid nabawi, terus la contact kawan saya ni nak ucap terima kasih....memang ya lah beliau yang bagi. Mabkhara ni ada macam-macam bentuk. Ada yang elektrik, ada yang design kayu, ada design besi dengan penutup di atas. Saya dapat ni design yang terbuka di bahagian atas. Ada terbaca jika bakar yang elektrik tu ada risiko kebakaran. Kena alert juga.
Ini pertama kali saya nak beli wangian Bakhoor ni....ada sesiapa yang dah beli wangian Bakhoor? Apa jenama dan baunya....kalau boleh saya nak la ala ala bau wangian kat tanah suci....
XOXO,
Ezna
Sis ada jenis ni masa ke Umrah dulu..
BalasPadamSampai sekarang juga guna yang ni..
Wah rezeki sis ezna... kita x pandai bau wangian bakhoor ni sbb mungkin kurang gemor dengan bauan arab. Pape pun alhamdulilah rezeki jgn ditolak kan. Mana tau dengan pemberian tersebut dpt plak peluang ke tanah suci lagi
BalasPadamalhamdulillah....best tu.. pernah baca tapi tak pernah guna plak
BalasPadamSaya masih ragu nak beli bakhoor. Katanya memang aroma sedap. Tapi tahan lama tak? Dan msh bingung nak pilih aroma apa. Krn yg jual online. Takut pula nanti aroma terlalu rempah sangat 😅
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.