Masa nak Click & Collect dekat Naelofar IOI City Mall tu, ada promosi barulah. Ni kartun saya tonton masa kecik-kecik ni. Kalau sezaman dengan saya mesti kenal kartun Care Bears.
Mengembalikan nostalgia zaman saya kecik-kecik la. Sementara menunggu staff ambil barang saya...saya jalan-jalan la dalam kedai.
Tote bag polkadot ni comel pula. Macam sesuai juga beg bayi, beg santai. Ada printed Care Bears kat tepi beg. Jikalau buat kolaborasi dengan kartun bagai ni memang tak murah sebab kena bayar fees la untuk kolaborasi ni kan jadi harga barangan pun selalunya tinggi juga. Comel pulak stokin tu.
Shopping bag pun ada.
Ini pula hijab Naelofar x Care Bears. Care Bears nya kecik je. Kalau pakai pun mungkin tak perasan Care Bears tu.
T Shirt ni ada lace pula kat hujung lengan.
Promosi Care Bears kat luar Naelofar. Comel ada kapas-kapas tu macam ala ala awan.

Hijab lagi. Dania kata design macam ni cantik. Dania saya pernah belikan design Sanrio. Hello Kitty dan kawan-kawannya.
Design bunga dan Care Bears.
Ni macam warna Olive / Sage.
Kalau nak print Care Bears yang besar pun ada.
Baju lace tapi ada lapik (lining) kat dalam jadi selamat la bila pakai.
Sweater dengan design bunga kecik. Manis warna dan desgn.
Di satu sudut dalam Naelofar.
Bila dah dapat barangnya....tamatlah saya jalan-jalan Naelofar tapi tak lekang la kat mulut saya cakap comelnya...comelnya.....
Haaa macam mana....comel tak?. Kalau hijab tu design Care Bears kecik beranilah saya pakai. Kalau yang besar....hehehe....macam tak berani je 😅
XOXO,
Ezna












Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.