Breakfast di tempat persiapan Maha.....

Lama pula peram citer pasal ni. Ni kisah pada 22 Ogos 2026. Seminggu sebelum MAHA diadakan di MAEPS, Serdang. Bagi yang tak tahu...MAHA ialah singkatan kepada Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show. Ia adalah pameran pertanian yang terbesar di Malaysia. Pelajar UPM especially Fakulti Dania ada juga tawaran untuk menjadi sukarelawan MAHA. Dania dah ada kerja Part Time jadi tak jadilah sukarelawan. 

Kami breakfast di Sisik Sehijau Dedaun. Dania tak ada sebab kena kerja pagi. Ni pergi sini lepas hantar Dania la ni. Hubby nak order kopi. 


Saya minta hubby add on biskut lutut. Kalau cicah kopi ke teh ke memang sedap. 


Kopi didatangkan dengan biskut kering. Ada biskut lutut juga, mi sup, ada juga kicap bercili, hubby pilih roti arab dengan kari kambing dan air pula saya pilih Nescafe O. 


Kari kambing....


Mi sup saya ni ada extra pergedil. 


Haaa tudia....khemah semua dah didirikan sempena MAHA kat MAEPS ni. Event masa ni lagi seminggu. 


Nak parking kat sini sebenarnya luas tapi bila ada khemah ni jadi kecil pula tempat parkingnya. 


Ni masa nak gerak balik ni. Padi menguning dah ni. MAEPS ni kalau tak ada MAHA macam semak samun juga kawasan ni. Macam mana saya tahu? Kalau nak singgah Nanas Montel ke atau House of Kambing dan Sisik Sehijau Dedaun memang kena lalu sini. Nampak rumput panjang....bila MAHA kembali ke MAEPS ni taraa......siap semuanya. 


Singgah pula pasar Tani FAMA kat MAEPS ni. Pasar Tani ni takdelah besar mana tapi masa Asasi Dania, ada kawan Dania kena bantu kat Pasar Tani sini. Kalau kat sini memang Pasar Tani gred C kot. Gred ni bukan kotor ke apa tapi signifikasi Pasar Tani yang berskala kecil. Dania dulu kena bantu kat Pasar Tani gred A kat depan Stadium Shah Alam dan ianya berskala besar. 


Kalau anda ternampak macam student pakai baju UPM kat beberapa gerai tu tahulah ya...mereka tengah amali membantu penjual FAMA di Pasar Tani. Akan ada pegawai Fama dan pensyarah bertugas memantau. 


Gambar lama Dania tahun 2023, membantu kat food truck jual peneram. Kena berniaga bersama dengan makcik ni. 😅. Akhirnya dapat upah RM30 dan 1 bekas peneram Najmi. 


Nanti nak pergi la MAHA sebab nak mencari tempat kerja lama saya dulu di LKIM. 😅 Nak cari batch saya sebenarnya kalau ada. 




XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.