Saya ada cerita yang saya dapat hadiah Makbhara iaitu bekas nak bakar bukhoor di sini Jadi ada satu hari tu hubby ajak ke Makkah Mart. Memang ada bagitahu hubby yang kawan saya suggest ke Makkah Mart ni.
Makkah Mart kat Presint Diplomatik, Putrajaya.
Ni alat nak nyalakan bukhoor atau torch lighter.
Bukhoor ni kemenyan rupanya. Kalau kemenyan ni mulalah saya fikir lain.....boleh cium la baunya. Ada bau yang kuat ya amat. Saya ni memang tak suka bau yang kuat sangat. Elok tak pening terus jadi pening pulak.
Baru pertama kali nak bakar bukhoor ni jadi banyaklah saya tanya kat orang kedai ni.
1. Bukhoor. Kotak empat segi. Dalamnya berbentuk empat segi.
2. Torch lighter. Nak menyalakan arang yang akan membakar bukhoor.
3. Arang (Arang yang saya beli berbentuk bulat)
Cara-cara nak nyalakan bukhoor ni ialah masukkan arang dalam makbhara (bekas nak bakar bukhoor), cubit sikit pewangi. Pewangi macam ala ala belacan la (Senang nak imagine kan bila cakap belacan). Kita cubit sikit dan letak atas arang. Kemudian, gunakan torch lighter untuk bakar arang. Arang ni akan bakar la bukhoor tu yang nanti akan berasap la dia dan keluarlah bau. Paling wangi bila kita pasang aircond pulak.....penggunaan arang tu sekali ajer. Bila dah putih semuanya boleh la buang.
Ada juga bukhoor elektrik tapi yang ni tak advisable sebab kena alert juga takut terbakar pula.
Bau yang saya beli ialah Ameerat Al Arab. Ada bau yang terlalu kuat dan saya tak suka bau tu. Nanti dah habis kita cari bau yang lain pulak.
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.