Lauk pauk untuk dua orang

Bila berdua je kat rumah masa weekend, Dania pula kerja....takde mood nak keluar...jadi terjadilah masakan ni. Simple sangat. 

Telur dadar. Kali ni saya masukkan cili api, cendawan butang dan bawang holland. 


Lauk sardin pun ada. Lama tak makan. Dalam ni saya tumis bawang putih dan bawang merah juga tambahkan sos cili dan tomato juga cili api. Sesekali lauk ni berselera makannya. 


Kemudian ada tempe goreng. Tempe ni saya tak suka makan begitu sahaja. Saya suka digoreng dengan tepung. Tepung yang saya masukkan ialah gandum + bestari kemudian sedikit garam dan chilli flakes. Jadi rasa dia ada pedas-pedas sikit. 


Itu je lah lauknya. Kenyang alhamdulilah. Anakanda tengah membanting tulang empat kerat untuk mengumpul duit 😅 di hari minggu. Bekerja dalam bidang retail ni sabtu dan ahad la selalunya mereka akan mendapat sales yang banyak dan Dania sejak masuk kerja kat sini tak pernah cuti lagi sabtu dan ahad kecuali hari biasa je. 



***slowly saya akan blogwalking ke rumah kawan-kawan ya. 






XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.