Semenjak Dania nak masuk minggu kedua part time di Watsons....ada beberapa perkara yang saya perhatikan....
Jadi anak-anak yang nak part time kat Watsons ni kena bersedialah....
1. Kuku kena sentiasa pendek. Bila time briefing setiap pekerja akan diperiksa kuku. Kuku kena pendek. Mungkin sebab bekerja dalan bidang health & beauty ni kena jaga la penampilan dari segi kebersihan kan. Jadi kalau sayang kuku panjang tu tak boleh la kerja kat sini.
2. Kena pakai stokin. Nasib baik la Dania ni memang jenis berstokin pun. Bila pakai sneakers mesti la pakai stokin. Macam-macam stokin ada kartun la, simple....eh macam-macam la.
3. Kedai selalu ada orang tak pernah surut jadi memang tak menang tangan sebenarnya bila hari-hari seperti hari gaji, hari kelepasan am dan hari minggu tapi hari biasa pun ramai. Jadi...kena bersedia la untuk berdiri lama...nampak berbeza juga masa kerja dengan F.O.S. tu orang ada tapi crowd takdelah seramai Watsons ni. Cuba perhatikan Watsons kat tempat anda....ramai orang tak?. Takut stress je jadi kena persiapkan mental dan fizikal la.
4. Ada kalanya kena masuk awal pagi. Ya....kedai di mall buka pukul 10 pagi tapi kena bersedia seawal 8 pagi di tempat kerja.
5. Jika kena kerja sampai malam, kena bersedia balik lewat sikit dari jam 10 malam tu. Mall akan tutup jam 10 malam tapi pekerja kena balik lewat sikit untuk kemas, menyusun stok. Jadi bersedia la untuk balik lewat sikit.
6. Pekerja part time kena mengendalikan mesin kira di hadapan. Ada company yang tidak membenarkan pekerja part time mengendalikan mesin kira. Dania dah ada pengalaman mengendalikan mesin kira. Suspens juga katanya.
7. Jika bekerja di Watsons ini, organisasi ini berasal dari luar negara iaitu di Hong Kong. Maknanya Watsons ni merupakan syarikat multinasional iaitu syarikat yang mempunyai berbilang negara. Watsons mempunyai cawangan di Jepun, Hong Kong, Indonesia, Macau, Tanah besar Cina (China mainland), Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam, Turki, Ukrain, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Qatar. Watsons ni masuk dalam kategori Health and Beauty di AS Watson Group. Ia dipunyai oleh syarikat konglomerat CK Hutchison Holdings. Pengalaman tak ternilai jika bekerja di syarikat multinasional ni. Boleh menjadi nilai tambah untuk letak dalam resume.
Dalam AS Watson Health and Beauty ni ada beberapa jenama iaitu :
- Watsons
- Kruidvat
- Trekpleister
- Rossmann
- Superdrug
- Savers Health & Beauty di UK
- Drogas
***Tahukah anda Emiriah Arab Bersatu (UAE) terdiri dari 7 buah negeri seperti Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm Al Quwain, Ras Al Khaimah, dan Fujairah. Dah kena belajar geografi pulak ya. Ini info yang saya baru tahu. Ada negeri macam Umm Al Quwain, Ras Al Khaimah dan Fujairah pun saya tak pernah dengar.
8. Seluar tak boleh pakai denim (jeans) dan seluar cargo. Kena selain daripada itu la supaya penampilan nampak kemas dan profesional. Baju kena baju formal warna hitam tapi tudung boleh warna apa pun tapi Dania pilih warna selamat iaitu hitam. Name tag kena semat belah kanan. T shirt lengan panjang Watsons warna hitam kena pakai hari Isnin dan Rabu dan hari lain kena pakai T shirt lengan panjang Watsons warna hijau. Ni tak sure T Shirt warna apa yang Dania akan dapat ni. Masih belum dapat lagi setakat ni.
9. Pemegang kad loyalti Watsons luar negara pun boleh menggunakan kad loyalti negara mereka di Malaysia. Dania pernah scan kad loyalti Watsons dari negara Singapura. Untung juga kan. Boleh guna kat luar negara kad loyalti Watsons ni.
10. Pakej gaji part time yang menarik jika dibandingkan dengan part time yang Dania pernah kerja sebelum ni. Kalau Public Holiday pula ada rate yang juga menarik.
11. Tak boleh duduk diam jika tak ada customer. Kena pusing Watsons untuk top up barang, susun barang dan sebagainya. Contohnya kalau kena jaga self check out counter, kena bersedia juga untuk buat tugas yang lain pula jika tak ada customer. Kita akan ditegur kalau berdiri setempat ajer kerana CCTV ada dalam kedai ya untuk memantau pekerja dan juga pelanggan.
12. Bersedia bekerja dalam persekitaran yan laju. Kena cepat menyesuaikan diri. Tak boleh buat relax buat peace ya 😅
Ni kawan satu kelas Dania masa asasi nama Afifah yang kerja Watsons tapi Watsons yang berlainan di bangunan yang sama. Pekerja part time juga dah kena kendalikan mesin kira. Name tag yang digunakan pun sama.
Setiap organisasi tu ada persamaan dan perbezaan yang ketara jadi kena ikutlah organisasi mana yang kita masuk tu. Jadi mungkin ada perbezaan diantara kedai Watsons ni tentang pemakaian dan waktu kerja etc....
Jadi....berminat nak kerja part time di Watsons?. Cubalah...nampak banyak juga iklan kerja part time di Watsons seluruh Malaysia sedang dibuka.
XOXO,
Ezna


Terima Kasih atas perkongsiannya.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.