Warna-warni peperiksaan akhir semester keempat 2026

Masa masuk dah nampak banner terpampang. Berdebar tak tu?. 



Ni 13 Julai 2026 dengan subjek final iaitu Meat Animal Science (Sains Haiwan Pedaging). Nampak hari pertama final exam ni ceria je. 


Breakfast dulu sebelum ke fakulti dan masa ni 14 Julai 2026, ada final exam Poltry Science (Sains Poltri). 


Sebelum hantar ke Fakulti, kena isi perut dulu la breakfast


Ada gap sehari je dari paper kedua. Ni masa pagi paper final Animal Breeding (Pembiakbakaan Haiwan) pada 16 Julai 2026. Sempat lagi menelaah selepas makan. 


Subjek ni Dania kata banyak kira-kira dan kesinambungan dari subjek Animal Genetics (Genetik Haiwan) semester sebelum ni. Bila dah paper Animal Genetics ni Dania kata susah...paper Animal Breeding ni sama je la tahap kesusahannya. Buat yang terbaik ya....


Sehari selepas tu ada final exam Dairy Science (Sains Tenusu) pada 17 Julai 2026. Memang 4 paper untuk seminggu ini.

Balik ajer bila tanya, Dania kata soalan susah. Hmmmm tak tahu nak komen apa. Dah jawab dah pun paper ni. Masa buat assignment untuk subjek ni pernah la berhari-hari Dania mencari jawapan tak jumpa-jumpa iaitu kena sediakan makanan haiwan mengikut peringkat umur etc. Kena campur banyak ingredients dalam makanan haiwan tu dan nutrisi makanan kena mengikut range yang ditetapkan oleh lecturer.

Assignment pun boleh tahan jadi soalan exam pun lebih kurang jugak la kan?. Sebelum ke dewan peperiksaan masih boleh lagi memberikan senyuman. Bagi ummi tenang sikit ya Dania 😅


Hari terakhir peperiksaan iaitu pada 21 Julai 2026 dengan final exam paper Swine Science (Sains Babi). Ceria sikit sebab dah last paper. Akhirnya.......gang asasi Dania semuanya paper tak habis lagi. Dania paling awal habisnya. Kawan yang gang asasi program sama Sains Haiwan ni selesai esok final exam


Ni masa ambik Dania. Muka ada sedikit serius tapi ok je insya allah ok untuk paper Swine Science ni. Agak lambat juga keluarnya sebabnya ada photoshoot satu kelas dan dengan 4 orang sekelas yang Dania ok tu la. 


Gambar kelas. Selesai sudah Year 2. Yayyyy.....


Dari kiri Qiha, Farah, Dania & Ain. 


Setiap seorang dapat gambar dan gift comel dari Farah. Terima kasih Farah. Wahhh temanya gambar ya. Dania pun dapat gambar dari kawan asasi jugak. 


Sebelum ni lepas paper terakhir, ummi dan Dania akan makan kat IOI City Mall la macam dulu-dulu. Bagi tenang-tenang sikit selepas selesai semua paper ya. Kita tunggu resultnya nanti. Moga baik-baik ajer. Kali ni kita pergi Mixue je la sebab Dania pun terkena selsema dan sakit tekak pulak. 


Dania yang pergi beli ice cream strawberry ni. 


Ummi ice cream mango. Setiap satu ice cream ni berharga RM5.


Malam, ayah Dania dah buat reservation kat satu tempat ni sebab sebelum tu nak pergi makan situ ramai pulak orang. Kena tunggu lama...jadi ya....malam ni kita makan situ. Dekat2 je pun. In the meantime, tengahari makan kat rumah je la kemudian makan ubat selsema dan berehat. Malam kita baru keluar. 

Semester ini Dania ambik 6 subjek. 5 subjek je ada final exam. Masuk balik belajar 5 Oktober 2026 nanti. 





XOXO,
Ezna



 

2 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Semoga dania berjaya nanti.... dah habis sem,.kita chill² je lps ni k

    BalasPadam
  2. Semoga Dania berjaya dunia akhirat. Insya-Allah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.