Lupa pulak nak post pasal ni. Pada 25 April 2026, diadakan hari akademik untuk Fakulti Pertanian. Ini untuk memastikan pelajar mengambil subjek mengikut struktur kurikulum yang ditetapkan untuk graduasi.
Kena tunggu turn kat kerusi disediakan sebelum perbincangan dilakukan di hadapan.
Masa ni saya ambil gambar kat dalam dewan dulu sebelum tinggalkan Dania kat sini settle semuanya.
Terjumpa pula kawan sekelas program Agribusiness dulu. Semua aunty kenal ya.
Kanan, bawah sekali yang putih ni cakap Aunty....Adam dah gemuk la. Adam ni la yang sama-sama kena gemburkan batas dengan Dania nak tanam jagung dulu dan bagi tahu saya yang Dania nak pitam. Encem orangnya dari Sabah.
Ni pula kawan sekelas program Dania sekarang.
Tersenyum lebar nampak Dania.
Masa ni kena check dulu subjek yang Dania dah ambik kat sini.
Subjek Dania dah dalam track yang betul la. Kena ambil semua subjek universiti, subjek teras, subjek bahasa inggeris (LAX, LPE & CEL) dan subjek elektif mengikut program kita. Subjek Bahasa Inggeris yang diambil pula mengikut keputusan MUET yang pelajar dapat. Kena cukupkan semua barulah boleh GOT (Graduate on Time). Kalau tukar course pula kena tengok keperluan course tersebut. Tak boleh sambil lewa je. Bahasa Inggeris ni kena ambik kalau ikut struktur kurikulum sampai sem 7 tapi Dania dah ambil semua selesai setakat sem 4 ni. Sebab ada yang Dania tarik juga instead ambik 1 je, Dania ambik 2 subjek Bahasa Inggeris. Jadi selesailah dia....
Pernah ibu kepada kawan Dania...seorang lecturer kat UPM juga berkongsi cerita tentang ada seorang student yang tak cukup ambil subjek dan beliau tak boleh GOT. Jadi kena extend dan lambat setahun graduasi dari kawan satu batch. Jadi, memang kena semak betul-betul subjek yang kita ambil tu.
Tu la matlamat Hari Akademik ini diadakan. Supaya subjek yang wajib diambil untuk graduasi tu on track. Kena selesaikan semua sebelum latihan industri.
Dania dah selesai konsultasi, barulah call suruh pick up.
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.