Durian lima jari ni durian rare

Bila hubby beli buah durian kat kedai Acheh lagi. Masa beli kali pertama tu buahnya elok dan time tu beli buah blackthorn kan....kali ni....

Durian lima jari....eh apa ke pelik nama durian ni ya?. Macam-macam jenis. Duri buahnya agak besar-besar juga. Pernah makan durian lima jari ni?. 

Saya ambil ni dari AI Overview : 

Durian Lima Jari ialah baka durian premium bersaiz besar (sering mencecah 4 kg) yang terkenal di Malaysia, terutamanya di sekitar Tambun/Ipoh (Perak) dan Melaka. Isinya tebal, berwarna kuning terang, bertekstur sangat berkrim (seperti susu), serta mempunyai kombinasi rasa lemak manis dan sedikit pahit yang menyerupai Musang King.

 


Macam mana rasa buah durian lima jari ni?. Creamy, isi dia cantik. Warnanya agak terang tapi saya rasa terang lagi warna musang king. 


Hubby beli juga durian D24. Amboiiii boleh merasa banyak jenis durian ya musim ni. Isinya nipis sikit. Warnanya kuning cair tapi isinya sedap juga. 

Terima kasih hubby....dapat la kami merasa durian banyak jenis musim ni. Kendurian musim ni ya....


Oh ya mesti tertanya-tanya berapa harganya kan?. Harganya ialah RM13/kg dan setiap buah ni beratnya 1kg lebih sikit je. Buahnya tak besar sangat. Ok la untuk dimakan oleh family kecil kami ni. Dania kan.....dah mula makan durian seulas dua ya you alls....tempoyak pun dah mula makan sedikit....yayyyyy.....dulu mana maunya....sedikit pun tak nak merasa. 




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.