Ni lepas hantar Dania ke tempat kerja. Hubby and wife breakfast la dulu ya kat Sate 7 Pagi.
Saya makan bihun yang dah siap bungkus.
Masa pergi ni hari jumaat. Boleh tahan ramai juga pagi-pagi ni. Eh semua tak kerja ke ni?.
Hubby kalau makan kat sini....apa lagi...Kacang Pool la. Mungkin restoran ni kepunyaan orang Johor jadi sate pun ada dihidangkan juga. Roti kacang pool ni dari roti benggali la mungkin sebab rotinya tebal.
Marilah kita pergi top up mana-mana yang kurang ya kat pasar. Nampak pucuk paku ni hubby dah cakap dah. Kadang ada, kadang tak ada pucuk paku ni.
Banyak juga dijual di Din Sayur ni. Selain sayuran, ulam segara....ada juga bahan memasak seperti serbuk kari, kicap, sos dan lain-lain. Macam kedai runcit yang kecil tapi boleh kata semua ada.
Amboiii kucing tu buat apa tu?.
Ni la kucing atas tu. Mata dia ada dua warna.
Ni dah nak tiba rumah. Memang akan lalu kedai Acheh ni. Eh eh...ada nampak tokey cina ni hantar durian la.
Bila pagi-pagi hantar durian ni...kita boleh pilih la durian yang terbaik.
Beli lagi durian....kali ni beli sebiji je.
Siap-siap suruh belah dan isinya tebal ya. Bila cucuk kat buah durian tu nak tiba ke bijinya kemain dalam. Nak bagi tahu isinya tebal. Hubby kata puas hati. Saya kata tu lah Ena suruh beli awal-awal sebab kita boleh pilih durian yang terbaik kan. Kalau beli lambat, durian yang terbaik semua orang dah pilih dah.
Alhamdulilah, musim durian kali ni dapat makan durian bermacam jenis. Oh ya durian tadi sebiji dalam RM20. Tapi....isinya puas hati.
XOXO,
Ezna











Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.