Sesekali bila teringin nak makan sushi, kami akan ke sini. Cawangan terdekat di Bandar Baru Bangi dan Ayer 8. Mulanya kami ke Nippon Sushi Bandar Baru Bangi tapi kena beratur panjang la pulak. Jadi, kami ke Ayer 8 yang terletak di Putrajaya. Ok tak payah beratur dan boleh terus duduk dalam je.
Harga sushi ditentukan mengikut pinggan berwarna ni ya.
Atas sushi ni tuna.
Ini pula sushi yang atasnya telur. Saya suka rasa nasinya ni. Macam ala ala nasi Kimbap kat FamilyMart tu.
Dania pilih Miso Ramen. Kuahnya bukan jenis clear soup. Rasanya ada smoky sikit dan saya tak suka. Dania kata dia suka.
Nasib baik kat sini boleh terus duduk je tak payah beratur.
Nippon Sushi ni sebenarnya bersambung dengan MyViets belakang tu. Tak payah keluar pintu utama pun. Kebetulan pemilik MyViets dan Nippon Sushi ni sama. Muslim owner nya....kalau suami owner ni yang ex MRSM Kuantan satu batch adik ipar saya.
Ambik yang ni pula. Sebenarnya namanya memang saya tak tahu ya sebab ambik kat conveyor yang bergerak tu je.
Hubby makan nasi goreng.
Ni cheese cake.
Kalau duduk paling depan boleh la dapat makanan yang dihajati. Kalau belakang-belakang ni tinggal yang tak diambil oleh mereka yang depan-depan la.
Kalau yang ini repeat berkali-kali sebab sedap.
Dekat Ayer 8, Putrajaya ni memang banyak betul tempat makan. Ni bahagian atas. Kalau bahagian bawahnya berdekatan dengan tasik Putrajaya.
Bukan selalu la makan sushi ni. Bila teringin je cuma jarang-jarang la teringinnya.
XOXO,
Ezna





sy suka sushi yg ada telur atasnya tu sis.One of my fevret =)
BalasPadamSedapnya tengok sushi! Bijak jugak terus tukar ke cawangan Ayer 8 Putrajaya bila kat Bangi kena beratur panjang. Sekurang-kurangnya tak membazir masa. Miso ramen tu nampak menarik, tapi bab rasa memang ikut tekak masing-masing kan, janji Dania suka! Btw, bagus tahu Nippon Sushi ni Muslim owner, rasa lebih yakin nak makan.
BalasPadami tak reti mkn sushi, setakat mkn tempura udg tu boleh lah lagi telan. my 3 boys semua sgt2 suka sushi..biasanya tapau empire sushi jer
BalasPadamSis pun suka makan Nippon Shushi ni.. tak jemu sebab menu dia banyak pilihan, tak macam yang SK tu, bosan kadang menunya hahahaha
BalasPadamTak pernah lagi try NS ni. Selalu SK jela.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.