Lepas hantar Dania untuk hari kedua milking, saya dan hubby ke Astana Putra. Tak jauh pun dari Farm Fresh dan Fakulti Pertanian tu. Satu jalan je. Tambahan masa hantar Dania tu hujan jadi hubby kata best juga kalau dapat minum air panas.
Ni lah 3 sos cucur udang tu. Nak yang mana?. Tak habis pun cucur udangnya jadi tapau je.
Lepas ambik Dania kat tempat amali tu terus balik dan hubby ada la tanya Dania larat ke kalau nak ke KLIMS (KL International Motor Show) malam nanti?. Bila Dania kata larat jadi kita pun ke sini la. Bangunan belah kiri tu bertukar warna.
Singgah dulu solat Maghrib kat Masjid Wilayah. Lama tak singgah sini. Bila ada event je la yang singgah.
Cantik, sejuk dan selesa masjidnya.
Lepas tu terus la kami ke event ni. Lengang la pulak orangnya. Kami parking paling depan dekat dengan pintu masuk. Masuk parking je RM15. Hmmm mahal betul la.
Dah la beli tiket kena online je. Tiket saya dan hubby RM30/pax. Dania dapat harga student RM15/pax.
Ni kereta terbang. Entah fully operated atau tak la kan.
Cantik warna kereta ni. Datang sini kena complete stamp jadi boleh la masukkan borang dalam kotak sebelum keluar untuk lucky draw. Hadiah utama kereta Bezza. Kena la pergi cari jenama yang ada dalam borang kecik tu. Satu hal pulak pergi setiap hall.
Ada track Tamiya.
Kalau tak silap ni sports car ni.
Dania berkenan kereta E.MAS 5 ni tapi kena warna pink ya. Dania kata selesa kat dalam ni.
Kereta ni cute la dari E.MAS 7 tu.
Kereta ni berbaloi beli kalau nak mencari kereta baru. Kalau ada budgetnya boleh beli sebab masa ni dapat potongan RM20000. Jadi harganya RM100,000. Kereta ni hybrid. Warna merah ni menyerlah.
Kicks dari arah sisi.
Lepas tu datang seorang ni bagi topi ni kat Dania dan saya. Watak dalam Pokemon nama Ditto. Ni pun tanya dia. Idak tak tahu watak apa.
Gigih google Pokemon Ditto ni. 😅
So far kan orangnya tak ramai la macam selalu. Pernah je pergi MITEC ni masa KLIMS dulu-dulu. Ramai sangat orang. Kali ni penganjurannya macam kurang meriah sebab orang pun tak ramai.
Hadiah utama pengunjung ke sini ialah Bezza.
Ada robot Perodua menari ikut lagu. Walaupun kecik tapi saya takut. Kot la tetiba mengganas macam cerita mat salleh tu. Hehe
Robot tengah menari dan ramai juga yang menonton.
Kalau cop kat tempat yang perlu untuk masuk contest lucky draw tu, kat Perodua leceh sikit sebab dia suruh download apps lepas tu isi details dalam tu baru dia bagi cop. Tempat lain dia cop je. Selain daripada tu, kalau download apps tu boleh claim satu kopi Richiamo. Ada Richiamo kat sini. Claim je la 1 cup.
Ezna



Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.