You alls pernah tak tapau sate kemudian kuah kacangnya tak habis? Sayang pulak nak buang. Ok...ni saya akan bagi resipi ayam masak kacang. Terjadinya masakan ni sebab masa tapau daging rusa tu kuah kacangnya banyak lagi. Jadi jom kita.
Bahan :
Ayam
Kuah kacang sate yang tak habis tu
Bawang besar (kisar)
Bawang merah (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Lengkuas (kisar)
Pes cili
Serai dititik di hujung
Garam secukup rasa
Gula
Buah tomato
Kacang gajus ditumbuk (optional)
Cara :
Goreng dulu ayam separuh masak, kemudian keluarkan. Kita tak nak terlebih masak pula takut ayamnya keras. Masukkan pes cili dan bahan-bahan kisar. Masak sehingga naik minyak kemudian masukkan serai dan kuah kacang dan ayam tadi. Kacau sehingga kuah dia agak pekat. Boleh la letak kacang gajus tu. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali baru masukkan buah tomato. Jangan bagi buah tomato tu terlalu lembik. Tu yang saya masukkan akhir sekali. Tabur dengan daun sup dan bawang tapi ni optional.
Sedia untuk dihidangkan. Masa type ni terus lapar sebab hubby tak balik lagi 😅

XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.