Amali ‘milking’

Dania dan kawan sekelas ada dibahagikan kumpulan untuk amali milking. Kumpulan Dania paling last kena buat amali ni. Kena datang pagi dan petang Sabtu & Ahad (13 & 14 Jun 2026).

Pagi : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Petang : 2.30 petang - 5 petang

Amali dijalankan di sini. 

Hari pertama



Cantik betul la pokok kat sini. 


Masa hari pertama tu kami sekeluarga datang awal la pulak jam 7.30 pagi dah sampai. 


Tengok kamera nampaknya....


Kat hujung jalan ada tasik yang luas tempat Dania dan kawan-kawan ambik gambar sebelum ni. Ni ambik gambar pokok Bucida yang besar. 


Tasik ni pula terletak berdekatan dengan jalan besar. Kadang kat jalan tu boleh nampak lembu-lembu berkeliaran. 


Kat rumput bersepah kepah. Eh ada kepah ke dalam kolam ni?. 


Close up kepah. 


Saujana mata memandang. 


Ambik gambar dulu la kat sini. 


Ni lah lembu tenusu yang nanti Dania dan kawan-kawan akan deal nanti. Nampak tak hujung sebelah sana highway


Dania menyusukan anak lembu yang masa ni baru berumur 5 hari. 


Ni waktu petang ni masa nak ambik Dania. Saya keluarkan kamera ambik gambar bunga ni. 


Kat atas ni Farm Fresh. Farm Fresh ni sewa kawasan ni dengan UPM. 


Kat sinilah Dania amali. Tak boleh tunggu depan sekali tu sebab laluan lembu nak ke padang ragut dan ke tempat ni. 


Berdekatan ada Lembu Pedaging pula. Dania kata garang sikit dari Lembu Tenusu. 


Selesai ajer ambik Dania, kami akan lalu kawasan Farm Fresh ni. Petang-petang lembu dilepaskan. 



Hari kedua

Tiba terlewat beberapa minit.  


Ni masa lalu depan Farm Fresh. 


Waktu petang masa nak hantar Dania ni hujan. Eh eh lembu ni menghalang laluan la. 


Ni masa nak ambik Dania waktu petang. Ada lembu tengah berjalan kat belakang kereta. Saya suruh Dania cepat-cepat masuk dalam kereta. 


Selamba je dia lalu tepi kereta. 


Ni lalu kat ladang Farm Fresh. Mereka lepaskan lembu lagi petang ni. Memang lalu tepi ni pun. 


Handsome tak saya?. Nama saya Mino. 


Kembar ke apa Yeji dan Mino?


Saya Ucop. 


Kat tempat Dania amali pun boleh beli susu jugak. Beli la sebotol. 


Dania share time lapse milking guna machine


Tugasan yang perlu dilakukan ialah : 

1. Perah susu lembu guna mesin.
2. Cuci kandang sampai bersih. 
3. Menyusukan anak-anak lembu. 
4. Beri suntikan vitamin pada anak-anak lembu. 
5. Beri makan kat lembu. 
6. Bawa lembu ke padang ragut. 

Selepas kita ambil susu lembu, kena bawa lembu semua ke padang ragut untuk lembu tambah balik tenaga. Kalsium akan berkurangan jadi lembu-lembu ni perlu makan. Bukan senang nak handle lembu ni sebab kena tahu teknik penjagaan yang betul. Kalau lembu tak nak berjalan ke padang ragut apa yang perlu dibuat....lagi satu lembu kan besar jadi kena sentiasa la berhati-hati. 

Selesai dah la tugasan pagi dan petang sabtu dan ahad ni. Alhamdulilah. Pengalaman berinteraksi dengan lembu 2 hari ni merupakan pengalaman yang baru untuk Dania sebab selalunya berinteraksi dengan lembu ni sekejap ajer. 





XOXO,
Ezna


 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.