Sains Haiwan Pedaging
Cantik la warna lembu ni....
Kena belajar macam mana nak mengikat lembu tanpa menyakitkan.
Disebabkan ini subjek Sains Haiwan Pedaging....turut diajar juga untuk menumbangkan lembu bagi tujuan untuk makanan tetapi sebelum itu, tali yang digunakan perlu direndam dulu dan dikeringkan untuk menjadikan tali yang digunakan itu lembut. Cara ini tidak menyakitkan haiwan. Ini juga penting supaya lembu dalam keadaan yang relaks dan stabil tanpa tekanan dan lembu kekal tenang. Ini bagi memastikan kebajikan haiwan terjaga....
Sains Babi
Pasal babi pun pelajar Sains Haiwan pun kena belajar. Ni diantara assignment yang Dania kena hantar iaitu kena membuat susun atur ladang babi.
Fakta
1. Tahukah anda yang seekor babi melahirkan anak babi yang banyak dan kadangkala selepas melahirkan tu, ibu babi secara tak sengaja menghempap anaknya dan anaknya akan mati. 😲. Mana taknya berat ibunya sahaja 100kg +-. Jadi, ada ladang babi yang membina tempat yang selamat untuk ibu babi dan anak-anaknya supaya kes menghempap anaknya tidak berlaku.
2. Anak babi akan dipotong sedikit ekornya kerana jika ekor dibiarkan panjang, mereka akan menggigit-gigit ekor kawan-kawannya. Praktis ini yang diamalkan oleh pengusaha ladang babi. Boleh la tengok kat youtube caranya....
3. Anak babi ni sangat nakal, kalau dibiarkan dia akan menggigit-gigit kaki kita....macam anak-anak kecil manusia juga aktif dan nakal. Prof ada mention pasal anak babi ni playful.
4. Anak babi jantan juga ada yang dibuang bahagian kejantanannya sebab ada bau yang kuat bila babi ni dah dewasa dan mencapai tahap matang. Boleh mempengaruhi rasa daging babi. Jadi bila buang, boleh jaga kualiti daging babi. Saya ada tengok kat youtube dia guna pisau blade kecik empat segi tu je untuk tujuan tersebut. Rekomendasi untuk castrate ni babi berumur 7-14 hari sebab luka cepat sembuh, kurang agresif, imunisasi tinggi sebab masih menyusu. Kalau praktis di UK, babi yang nak castrate ni wajib cucuk ubat bius. Bayangkan babi yang mereka castrate hidup-hidup tu. Uiiiii nyilunya....
Hmmm tak ambil tahu pulak pasal fakta tentang babi ni kan. Bila Dania dah belajar dapatlah infonya.
Sains Poltri
Kalau Sains Poltri ni mereka hands on menjaga ayam selama 30 hari ++. Kena bagi makan, bersihkan reban, beri air.
Ni tray tempat tinja ayam. Dania basuh dan biarkan kering kejap.
Haaa tudia tak perlu diperkenalkan itu apa...ummi tak sanggup. 😲
Ada 6 tempat untuk ayam-ayam ni. Setiap kumpulan akan ada pelajar yang bertugas. Sehari kena bertugas 2 kali. Lampu akan dinyalakan untuk mengelakkan ayam-ayam ni sejuk.
Nampak passion Dania ni. Ni tengah bagi makan kat ayam-ayam.
Ayam ni kalau kita top up makanan, dia akan ke tempat makanan tu untuk makan. Padehal sebelum tu ada je makanan kat situ...tak makan pulak.
Ayam juga sensitif dengan warna merah, jadi bila nampak darah kat ayam yang lain kemungkinan besar mereka akan mematuk kawannya.
Lori yang membawa ayam lazimnya keluar pada waktu malam kerana lazimnya ayam akan tidur waktu malam tetapi jika lori membawa ayam pada waktu siang, ayam yang terjaga itu akan saling mematuk ayam yang lain.
6 sangkar....setiap sangkar ada tray tinja masing-masing. Kena tukar surat khabar kat situ dan basuh la...kena refill 2 bekas makanan setiap cage dan 1 bekas air setiap cage.
Anak-anak ayam dah besar la berbanding masa yang ini
Lecturer cerita yang ayam KFC tu memang dari baka ayam yang cepat membesar jadi dalam umur 28 hari dah disembelih. Inilah sebabnya kena ada pakar dalam bidang sains haiwan ni supaya dapat mempercepatkan tumbesaran haiwan supaya kita akan cepat dapat menikmati hasilnya, tahan penyakit, tahan dengan cuaca yang tidak menentu supaya kelangsungan keterjaminan makanan negara dapat dicapai.
Dania ada lawatan ke kilang menyembelih babi ni jadi kelam kabut la saya cari sabun sertu iaitu sabun tanah liat Taharah. Nasib baik la jumpa. Jenuh cari sana sini tak ada. Dalam shopee tu ada tapi tak tau la bila dia boleh hantar. Harga pulak berlainan la...ada RM8+, ada RM5+ dan ada yang jual RM10 juga untuk seketul sabun. Lawatan mereka pun tak lama lagi je ni. Mereka perlu melawat untuk proses pembelajaran....kalau saje saje takdenya nak ke situ ye tak?...
***Apa yang dipaparkan di sini untuk pelajar yang berminat dengan program Sains Haiwan, apa yang dipelajari....tidak ada haiwan yang dianiaya, semuanya dijaga kebajikannya untuk proses pembelajaran.
XOXO,
Ezna




Terima kasih atas perkongsiannya.
BalasPadamgood job dania! memang byk betul ilmu yg ditimba--bab2 tinja tu i plak jenis penggeli hahah
BalasPadamKalau yg anak babi jantan di sunat, berarti hanya beberapa ekor baby jantan yg digunakan utk kembang biak yaa? Kalau semua disunat, jadi tak ada pejantan kan?
BalasPadamMenarik , sebab memang kita tak banyak tahu pasal babi.
perkongsian yg sangat menarik. yg pasal ibu babi terhempap anak tu kan, dulu kucing saya pernah macam tu.. sampai penyet anak dia. lepastu kucing saya nangis smpai ikut pergi kubur masa kitorg nk tanam anak kucing tu. aduh sedih pulak
BalasPadamKena minat binatang kalau nak ambil course ni.
BalasPadambanyak ilmu yang dania belajar.....thankyou mama dania share ilmu
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.