Bila anak nak masuk alam Universiti ni, bab kawan-kawan ni kita risau juga. Kalau tersalah pilih kawan memang takut anak kita pun akan terikut la perangai kawannya. Kan ada pepatah kata kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun turut akan terkena tempias harumannya.
Masa Dania baru masuk asasi UPM, biliknya ada 6 katil. Nampak macam eh ramainya kan...tapi...biliknya sangat luas, almari baju pun besar dan meja study pun besar. Memang tak rasa la sempitnya sebab memang luas biliknya. Kat bawah ni la kawan-kawan sebilik Dania masa tu. Mulanya sederet dengan Dania cuma ada tudung purple dan baju perang tu. Katil yang lain-lain kosong seberang sana. Dania kata mereka masuk biliknya sebab bilik mereka ada yang tak daftar asasi. Mungkin dapat scholarship dan memang tak masuk la. Jadinya mereka bertiga masuk bilik Dania. Ahli bilik semuanya 6 orang la.
Sebelah Dania yang tudung purple tu je semenanjung. Lain-lain dari Sabah dan Sarawak. 2 dari Sarawak ni non muslim tapi dalam agama mereka memang agak alim la sebab selalu hari ahad je mereka ke gereja.
Disebabkan ada 4 orang ni dari Borneo, kadang-kadang bila cuti pendek mereka tak balik. Jadinya kalau ada kesempatan saya akan belikan makanan dan mereka akan makan-makan la dalam bilik. Tak kisah la nasi ke, pizza ke....kadang-kadang sekali dengan air.
Masing-masing pun jenis yang jimat duit, tak keluar sangat, kalau yang muslim tu selalu Dania kata lepas solat je mengaji....jenis duduk lama kat meja study...haaa duduk lama kat meja study ni Dania agak gerun jadi Dania pun terikut sekali. Lepas tu bila terikut udah kawan-kawan sebilik kata Dania pulak yang rajin dan tanya Dania nak ambil perubatan ke lepas asasi?. Dania punya la rasa kelakar sebab rasa rendah diri la pula. Kawan-kawan dalam bilik ni semuanya scorer. Padahal...kalau Dania dapat masuk sekali tu Dania pun sebenarnya layak la....
Jadi....bila dah kenal kawan-kawan Dania ni saya pun dah tak risau la. Jadi ok je la kalau sesekali nak keluar makan. Kadang-kadang keluar bercuti sekali. Dah 2 kali dah staycation. Ni coming soon balik hari je ni mereka nak healing kat satu tempat.
Walau dah terpisah semua course lain-lain kecuali Dania dan Durrah tudung purple tu kira satu course, Baelor Sains Haiwan Dengan Kepujian tapi dia kiranya senior Dania sebab Dania lambat setahun (Dania tukar course). Paling busy diantara semua ni jadi kena pastikan dia ada masa nak jumpa. Eh tak boleh duduk diam la. Ada je aktiviti. Sebelah Durrah tu nama Corina course Bacelor Sains Pengurusan Perladangan Dengan Kepujian. Setiap sem naik pentas dapat anugerah dekan. Asasi pula 4.00. Suka tengok KDrama kat IPad. Bila study bersungguh-sungguh tak dapat dipastikan. Tudung hitam Azed Nurwafa Izzati ambil Bacelor Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian. Paling berani mempertahankan sesuatu. Jadi kalau ada Wafa ok dah. Macam kakak-kakak....sebelahnya Elisha Hana. Nama macam melayu tapi bukan....awal-awal dulu saya bagi salam. Patut tak menjawab sebab bukan muslim. Hana ni ambik Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem Dengan Kepujian. Suara pulak halus je ni. Cerewet makannya sebab tak suka sayur. Hehe. Sebelahnya Nur Annisah Ayuni pula ambil Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi Dengan Kepujian. Ayuni ni paling pendiam. Sama kot macam Dania. Kalau saya tanya baru jawab.






Jangan tersalah pilih kawan je. Kalau tersalah tu yang terikut2 kawan. Biar la terikut benda yang +ve je.
BalasPadamSemoga ukhuwah terus berpanjangan
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.