Lauk berbuka dan sahur puasa pada bulan Syawal

Lauk berbuka puasa enam kami ialah....ni lauk berbuka masa kami berpuasa hari keempat di bulan Syawal. 

Nasi lemak pandan. Lauknya simple je. Ikan bilis goreng, telur rebus, sambal nasi lemak dan daun salad. Timun tak ada sebab kami suka daun salad lagi. Dalam telur rebus tu ada sekali dengan kurma. 


Kejadian nasinya. 100% warna dari daun pandan asli. Tak ada pewarna lain. 


Lepas tu ada sahur sekali tu buat masak lemak udang cili api dengan pucuk paku. Masak satu lauk je. 


Puasa di bulan Syawal hari kelima, saya buat resipi nasi ayam claypot guna periuk nasi je. Buatnya simple je sebenarnya. Nasi ayam ni buat Dania dan hubby bertambah. Bahagia rasanya ya...Dania memang peminat nasi ayam pun. 

Kalau peminat makan cina memang akan suka la masakan ni sebab perapan ayam tu ada bawang putih dan halia yang disagat. Dalam nasi pun letak bawang putih dan halia yang disagat. Jadi, tak adalah tergigit halia atau bawang putih yang besar tu. Ada orang tak suka halia dan bawang putih yang tak hancur tu.

Lepas tu tabur daun bawang dan cili merah. 


Konon nak celebrate habis berpuasa enam....kami akan makan kat satu tempat ni....post selepas ini la ya...




XOXO,
Ezna

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.