Buah Naga dari Sepang

Lepas makan kat Warung Kendi, kami ke Sg Pelek, Sepang tempat jualan buah naga. Semenjak hubby jatuh basikal tu, banyak kali kami makan buah ni jadi kali ni terus ke ladang dia. Luas juga ladangnya. Boleh katakan kalau lalu sini memang akan lalu beberapa ladang buah naga. Lagi satu nak jalan jauh sikit dari rumah pun ya. Ada je jual kat supermarket kan....nak berjalan sama....


Kami beli kat sini. HL Dragon Fruit Eco Farm. 


Belah kiri RM20 untuk 4 biji, belah kanan RM20 untuk 5 biji. Ada juga RM10 untuk 7 biji. Ikut besar buah naga ni. Ambik sedikit je la sebab 1 Mei nanti nak berjalan pula....nanti saya update la ke mana. 


Nampak kapal terbang MAS terbang melintasi kami. 


Siapa suka makan buah naga? Buah naga yang kami beli ni warna merah. Banyak antioksidan berbanding yang berwarna putih. Banyak makan buah naga ni selain antioksidan, boleh buat awet muda juga tau. 




XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.