Hari ni iftar 5 ramadan berbuka dengan masakan sotong, ikan bilis goreng, telur hancur dan ada jiran bagi laksa utara dan buko.Buko tu sedapnya makan sejuk-sejuk.
Ramadan ke enam pula saya buat nasi ayam.
Ni Dania buat puding pisang. Sedap juga rasanya tak manis. Ada biskut juga yang dihancurkan. Letak dalam tempat sejuk beku dah rasa macam makan ice cream.
Ramadan ke 7 pula saya buat ketam bercili.
Ada juga sambal terung.
Popia berintikan udang. Belah kiri bentuk segitiga tu kulit popia kosong je. Sedap juga sebab rangup je bila makan. Warna agak terang tapi sebenarnya gelap sikit popia ni.
Ramadan ke 8 pula saya cuba masak resipi Ayam Peri Peri Khairulaming. Sedap jugak la ayam yang disalut sos peri peri tu. Rasanya macam sos cili Sabah yang saya beli tu.
Unik jugak la rasanya sosnya yang ada rasa masam-masam pedas tu. Garnish pula dengan daun ketumbar.
Sos ni yang dalamnya ada lada benggala yang dikisar membuatkan rasanya ada juga macam rasa pizza. Selain daripada itu, ada juga daun ketumbar. Dania bertambah-tambah sosnya ni.
Tak dan nak letak setiap hari sebab mood nak tulis blog bulan puasa ni macam ke laut dalam je...😁
Dah hari keberapa kita berpuasa ni kan? Sekejap je.
XOXO,
Ezna









menu sotong kita tkde lg sepanjang berbuka puasa ni
BalasPadamYe ke?. Menu apa pun janji kenyang ahli keluarga ya....kejap je berapa hari dah kita berpuasa....
Padamhari ni ammi dirumah, jadi bolehlah masak untuk iftar. tapi apa menu nak masak pun taktau
BalasPadamAnak kedua Cie suka buko. Lama tak beli.
BalasPadamtuuuu diaaaa bila masak juadah mcm2 menu yg keluar yaaa
BalasPadamMakin kesini, makin lambat juga saya membaca buku dan BW. Kalau sebelumnya bisa 20 blog, ini makin sedikit. Ntahlah, mungkin Krn otak tak bisa laju sebab kurang air 😅😅.
BalasPadamResep KA yg ayam peri2 nih saya skip dulu. Sebab tak terlalu suka ayam ala-ala nandos. Tp saya tertarik nak buat yg ayam plum 😍😍
Mwnu ketam tu sedap..hari ni rumah kita lauk ketam...PZ beli ketam so macam biasa la dia masak lemak cili api..hehe
BalasPadamSedap tu buko.. kat rumah ni Kak Widad suka beli kalau pergi kedai dessert.
BalasPadamketam bercili tu sedapnyaaa!
BalasPadamAlhamdulillah atas rezeki yang terhidang .
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.