Hadiah Top Komentator Blog Mulan

Tau tau dapat hadiah. Ada bungkusan tiba di rumah dan bila tengok nama pengirim....oh Mulan....jadi saya whatsapp la Mulan untuk mengucapkan terima kasih.

Musykil juga komen saya sebanyak mana kan....ni saya dapatkan dari whatsapp Mulan. 

Credit : Mulan

Hadiah yang 'tak seberapa' dari Mulan tapi seberapa untuk saya. Errr ada ke perkataan ni? 😅. Mulan kata terimalah hadiah yang tak seberapa. 

Hijab berbunga Adeline, pemegang periuk panas, fridge magnet Taiwan, keychain Korea dan kurma. Kurma dah habis kami makan dah. Insya Allah dapat la pahala yang mengalir kepada Mulan sebab kami berbuka dengan kurma Mulan. 

Terima kasih daun keladi Mulan. Pemegang periuk panas tu jauh dari Almaty, Kazakhstan. Nampak post kat blog Puan Hazel. Tak perasan pula post pemegang periuk kat blog Mulan ni....


Menang berjemaah nampaknya saya dengan blogger yang lain....Moga silaturrahim yang terjalin akan berpanjangan hendaknya. Sekali saya dah jumpa Mulan. Dania dua kali. Masa tu saya malas nak turun kereta...tunggu kat kereta je. Mulan tegur Dania kat Mydin. Balik ke kereta Dania cakap kawan ummi blogger suruh kirim salam ummi....ohhhh Mulan rupanya. 

Ada tak kawan-kawan blogger yang tak boleh blog walking kat blog kawan-kawan?. Eh kenapa tak boleh pergi kat certain blog ni ya?.....Ada yang ada masalah yang sama ke?. Orang tengah semangat nak komen ni.....




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.