Selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara belah suami, kami ke Masjid Mu'adz Bin Jabal. Kat masjid ni dulu-dulu saya jumpa Alif Satar shooting video naik motor. Sempat la Alif Satar senyum. Hehe.
Hmmm Dania dan meow tak dapat dipisahkan.
Tak bawa treats kucing pulak. Selalu bawa dalam beg.
Dania kata kucing ni cantik tapi Oyen selalu jantan la. Bukan cantik tapi handsome.
Lepas tu singgah Wangsa Walk Mall.
Actually jalan-jalan dulu dalam Wangsa Walk ni sebelum kita singgah minum kejap la.
Minum air panas teh o dan kopi. Ada juga telur separuh masak.
Top up dengan roti stim mentega dan kaya.
Kami bertiga. Berbaju kurung la ke mall. Hehe
Masa kat Paparich ni tak ramai orang jadi tenang sangat.
Lepas tu tersinggah Butik Sireh Pinang. Terbeli baju kurung kain cotton ni. Baju ni boleh pakai kuliah nanti ya Dania. Manis je warna dusty blue. Boleh la pakai sekali bila Ummi dan Ayah pakai baju kurung sedondon nanti.
Jalan jalan la dalam ni.
Dania dok geram tengok 3D Puzzle ni.
Lepas tu nak singgah KLCC pula sebab nak pergi suraunya sambil2 jalan-jalan la jugak.
Tepi jalan menuju KLCC nampak Rembayung. Memang nampak je sebab memang betul-betul tepi jalan. Kawasan yang mahal ni sebab berdekatan dengan KLCC. Bilalah dapat merasa makan kat sini. Slot penuh je.
Tiba kat KLCC dan....siapakah gerangan jejaka ni?. YTJT (Yang tahu je tahu)
Amboiii Dania ikut gaya JK ya?. Dania versi muslimah la.
Ni pula masa tengok-tengok dalam Kinokuniya. Tempat wajib singgah kalau ke KLCC. Tak kira beli buku ke tak beli buku ke tapi Dania suka ke sini. Untung boleh jumpa Sultan Nazrin.
Rasanya ni fridge magnet. Comel sangat sebab bercitarasa Malaysia. Boleh buat cenderahati.
Dania dapat sehelai T-Shirt Mofusand kat Uniqlo.
Kami singgah Food Court kejap sebab nak makan ni. Lama tak makan.
MyViets ni ada menu Vietnam Rolls. Namanya Summer Rolls Prawn and Crabstick. Halal ya sebab sama company dengan Nippon Sushi. Owner dia kawan adik ipar kat MRSM Kuantan. Jadi, kalau nak makan makanan Vietnam, saya makan brand ni je. Kat Ayer 8, Putrajaya pun ada.
Saya dan hubby suka makan ni tapi Dania tak suka sangat. Elok la ya bagi la ummi makan ni lebih sikit 😆
Kemudian dah jalan sekejap dalam KLCC, masa untuk kami pulang tapi belum lagi ya...masih ada tempat nak pergi ni.
Wahhh cantiknya lampu kat Menara KL dan Merdeka 118. Saya ambil ni dari Masjid Negara.
Dari kejauhan Menara Kuala Lumpur kat Bukit Nanas.
Close up bangunan Merdeka 118.
Selesa solat dalam Masjid Negara ni. Sejuk nyaman dan selesa sangat. Cumanya ianya bertangga nak ke ruang solat utama. Kemudian kalau nak ambil wuduk kena turun tangga dan turun lagi...barulah tiba ke tempat wuduk. Kemudian lepas ambil wuduk....naik tangga dan naik lagi ya. Kalau satu level sesuai la untuk golongan berusia. Kat sini bertangga ya.
Kita teropong hubby la...
Ada Galeri Masjid Negara untuk mengetahu sejarah tentang masjid ini.
Kalau berminat nak beli duit syiling Masjid Negara untuk koleksi. Ada juga mesin emas gedegang Public Gold ya kat dalam Masjid Negara. Lepas solat boleh beli emas gais.....bukan keluar air tin tau....keluar emas terus.
Cantiknya alahai suka gambar ni. Boleh nampak kubah dan menara Masjid Negara dengan Merdeka 118.
Gambar ni macam dekat sangat menara Masjid Negara dengan Merdeka 118.
Lagi gambar. Masa kat sini boleh dengar bunyi burung-burung kat Taman Burung berdekatan. Memecah keheningan malam. Kadang bunyinya agak menyeramkan. Tempat kami parking pula berdekatan dengan Makam Pahlawan. Perdana Menteri Malaysia disemadikan di sini.
Lepas tu nak makan di mana ya?.
Lampu depan Sogo Kuala Lumpur.
Bawah Medan Mara ni happening sekarang ni. Ada deretan gerai makan. Parking kat mana? Kami parking kat Kompleks Pertama. Sebelah ni je.
Nasi kukus hubby ni sedap.
Nasi goreng pattaya Dania pun sedap. Portion banyak.
Saya pula suun goreng. Sedap sangat....saya suka.
Kami order kat Hanis Tomyam ni la. Masakan ni tiba lambat juga tapi berbaloi la sebab sedap tapi sebelum tu perut menyanyi dulu la ya. Masakan hubby je beli kat nasi kukus.
Dalam perjalanan balik. Kuala Lumpur bermandikan cahaya lampu.
Kanan tu Jalan Raja Laut. Tempat saya kerja dulu di Wisma PKNS. Sebelah DBKL je. Tempat saya jumpa hubby dulu. Kami makan depan tu kat KWSP. Hehe...kenangan la. Pernah juga jalan sampai berpeluh-peluh kat Bank Negara makan kat situ. Ikutkan je...dah sayang. . Fikir-fikir balik jauh berjalan tu ya....Jadi...time tu tak boleh la orang LKIM nak kenenkan dengan adik la, dengan itulah....sorry ya.
Ni steam roll zaman dulu. Berdekatan dengan Dataran Merdeka.
Hari ni kat luar je 12 jam la lebih kurang. Fuhhhh penat. Boleh cover 2 kenduri sekaligus. Ni kisah 14 Februari 2026 yang lepas.
Masak apa berbuka nanti?.
XOXO,
Ezna

































Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.