Selesai sudah 3 paper final exam

Alhamdulilah. Selesai dah 3 paper Final Exam. 

Masa ni nak hantar ke Fakulti untuk paper Animal Reproduction. Paper Dr. Suraya. Bila Dr. Suraya lalu depan Dania masa kat dewan exam....Dr pun cakap...saya dah tukar dah you punya markah test kat SMP (Sistem Maklumat Pelajar). Dania pun cakap Terima Kasih. Dr kata beliau tertukar markah carry marks Dania dengan exchange student. Bila tengok kat SMP memang saya perasan la markah Dania dah naik. Sebelum ni rendah sikit.....Alhamdulilah. Naik ok...kalau turun tu alamak....


Pada 12 Feb 2026 pulak, Dania dijadualkan Final Exam Pasture Science. Paper Dr. Frisco Nobilly dan ada gap sejam sebelum paper kedua pulak iaitu Animal Genetics Paper Dr. Aida. Dr. Aida ni penasihat akademik Dania. Kalau ada masalah akademik boleh jumpa la Dr. Aida ni. Nak daftar subjek pun kena approval Dr. Aida jugak. 

Bila paper final exam ni mula jam 8.30 pagi ni...nak kena pergi awal la ke Fakulti. Saya prepare Mac & Cheese siap2 sehari sebelum untuk Dania. Kalau masak pagi2 takut tak sempat je. Mac & Cheese ni saya letak udang dan kepah. Kemudian ada beberapa pak choy saya celur juga. Kemudian saya tabur chili flakes nak kontra kan rasa lemak2 cheese Mozarella dan cooking cream tu. Dania breakfast la makanan kesukaan Dania sangat ni. Habis ya...kejap je makan. 

12 Feb 2026 je paper start 8.30 pagi. Hari lain paper start lewat sikit jam 11.30 pagi. Kalau start 11.30 pagi pergi breakfast dulu sama-sama kemudian hantar Dania ke Fakulti. 


Muka Dania sebelum ke Fakulti. Ummi ikut sekali. Ayah yang drive sebab lepas tu boleh la breakfast sekali dengan hubby kan. Dania pun dah kenyang dengan Mac & Cheese. Alhamdulilah....diharapkan boleh la menjawab kertas exam. 


Ni setelah habis exam. Patut la saya tunggu lama. Rupanya nak berposing pulak. 


Sebelah Dania tu Farah.
Kiri : Ain, Kanan : Qiha. 


Terima kasih kamu semua hadir dalam hidup anak Aunty. Mereka bertiga dulu sekali masa Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan kat UPM, Bintulu Sarawak. Dulu bertiga...sekarang Dania pulak masuk group ni. Kemudian Dania cerita memang gang duduk depan sekali. 

Ni temanya lebih kepada pink ke ni. Farah cakap dia je warna lain. 


Ni pula gambar sekelas. Kawan-kawan dari negara China siap jawab exam awal jadi takde dalam gambar. 


Ni pula gambar yang Dania dapat masa photoshoot gambar kelas sebelum ni. Dania kata nak beli setiap sem sebab nak tengok perubahan muka tu. 



Muka Dania nak ke kereta. Mata hampir tertutup tapi nampak ceria. Bab ni kita yang tengok pun lega kan. Dania kata subjek diantara dua Pasture Science dan Animal Genetics tu paling Dania gerun tu Animal Genetics tu. Entah apa soalan yang keluar kan....tapi Dania ada minta AI generate soalan yang Dania boleh try jawab. Sekarang ni dah canggih kan cara belajar. 

Bila tanya Dania pasal Animal Genetics tu Dania kata alhamdulilah soalan yang keluar tu boleh dijawab. Test 1 soalannya susah juga kata Dania, Test 2 ok sikit. Final Exam ni Dania kata soalannya tak le sesusah Test 1 tu. 
Kena jawab 2 paper pulak sehari memang penat la otak kan....


Keputusan peperiksaan bakal diumumkan pada 13 Mac 2026 nanti. Moga berjaya dengan cemerlang la Dania ya. Ummi doakan. 

Lepas tu kami gerak ke IOI City Mall la nak makan tengahari. 




XOXO,
Ezna
 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.