Selesai 2 paper final exam

Alhamdulilah. Sedar tak sedar dah 2 final exam paper dah selesai. Ni masa saya hantar untuk paper final exam hari pertama iaitu Basic Animal Nutrition. Paper Prof Dr. Anjas Asmara. Dania memang suka buat nota kecik macam tu. Dulu saya ada ajar la nota yang saya suka buat masa belajar dulu. Tengok-tengok memang Dania praktikkan. 

Bila balik, Dania kata ok la soalan Prof tu tapi ada satu soalan yang macam tak berapa confident. Markahnya berapa saya tanya.....20 markah....huiii banyaknya. Moga baik-baik ajer ya Dania. 


Final exam kedua ni subject Animal Behavior and Welfare. Saya rasa subject ni soalannya ikut logik juga tapi logik-logik pun bila lecturer ni 'Cambridge Trained' mestilah jawapannya kena setara dengan ala ala Cambridge juga kan. Lecturer ni ambil PHD di University of Cambridge. Lecturer bernama Dr. Sumita ni agak strict sampai takut pula Dania dengan subjek ni. Bukan takut apa...takut markahnya nanti tak capai standard Dania la...


Sehari sebelum Dania dah cakap nak makan cendol lepas exam Animal Behavior and Welfare ni. So inilah rupanya selepas exam. Dania kata soalannya ok. Nampak kelegaan di muka Dania ni. Nampak happy jugak. Ok lah ummi bawa makan cendol pulut berdekatan rumah. 

Dania pun ada cerita, masa Dania duduk dengan kawan-kawan, lalu Dr. Shazrul yang pernah mengajar Dania subjek Agribusiness Accounting (masa Dania program lama dulu Agribusiness sebelum bertukar ke Animal Science). 

Dr : Haaa awak....dah lama tak nampak awak. 

Dania : Saya tukar course Dr tu Dr tak nampak saya.

Dr : So macam mana?

Dania : Ok lah. (Hmmm Dania ni mana la nak menjawab panjang2 ni....selalu jawapannya ringkas je. Kalau dengan saya berjela jawapannya.....tak tanya pun bercerita ya...Hehe)

Dr : Hmmm awak pun suka kucing. Ok la tu. Lepas tu Dr tu pun berjalan tapi sempat tanya lagi. Beetle tu kereta parents awak kan?

Dania : Ya. Beetle warna oren. 

Dr : Kirim salam parents awak. 

Dania : Insya-Allah Dr. 

Dania cakap dengan saya Dr ni memerhati la ummi. Dr ni memang observant. Kalau dalam kelas tu kenal semua nama walaupun kelas Dania masa tu 40++ student. Student yang tak rajin datang kelas, Dr akan call kemudian eh eh nampak selalu muka yang tak rajin tu. Bila bagi task akan pastikan sampai semua faham. Sampai macam tu sekali la. Tak suka buat kelas online. Subjek Dr ni kena menjual jadi Dr akan beli la dari student yang menjual tu. Datang kelas awal dan balik on time. Dania kata memang Dr ni ada passion mengajar. Kalau buat tutorial tu Dr akan berjalan dari satu meja ke meja yang lain. Nak pastikan student betul-betul faham apa yang diajar. 

Dania pun faham la subjek Dr ni walaupun Dania sebenarnya tak minat subjek bukan sains ni. Tak minat course ni pun ya jugak. Bila dah tak minat...semualah tak minatnya. Walaupun Dania tak minat tapi Dania score A untuk subject Dr. Shazrul ni. 4 jam kredit tu....haaa bab score ni ummi tak faham....tak minat tapi score. Bukan saya nak melebih-lebih puji pula Dr ni kan tapi memang patut diberikan pujian pun. 

Subjek Agribusiness Accounting ni group Dania jadi kumpulan terbaik. Projek group Dania ni jadi contoh dalam modul ringkas untuk dijadikan rujukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Rujukan ni pula didaftarkan di bawah harta intelek. Dah lecturer bagus....student pun akan mengikut lecturer la. Jadi...modul group Dania ada la kat KPT tu. 

Masa selesai subjek ni Dr kata jumpa balik semester 4 tapi Dania tahu mungkin tak dapat jumpalah sebab dah plan nak tukar program. Dah tak minat program lama jadi ummi tak nak la paksa suruh stay. Walaupun ummi tahu kena bayar lebih sikit la. Orang lain 8 semester je...Dania dah jadi 10 semester. Kena berkorban sikit la untuk anak kan....terutamanya bab yuran ni janji anak bahagia. Zaman dulu ya boleh paksa nak ambik apa...kita mengikut je. Zaman sekarang....anak-anak firm. Mereka tahu apa yang mereka nak. Kita pun sokong mana-mana yang baik kan. 


Terima kasih Dr. Shazrul Ekhmar bertanya khabar anak saya Dania Yasmine ni. Saje la share sini untuk kenang-kenangan di hari mendatang. 

Jadi tinggal 3 paper final exam lagi lah belum ambil iaitu Animal Reproduction, Animal Genetics dan Pasture Science. Lepas tu boleh tenang-tenang je la berpuasa ya....sepanjang berpuasa memang UPM bercuti. Lepas Raya barulah masuk balik. 

Moga baik-baik ajer untuk anak ummi....




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.