Sebelum berpuasa ni rasa macam nak makan macam-macam la kan. Singgah nak makan nasi briyani dari tahun 1977 lagi kat Taman Tun Dr. Ismail. Dari Dania kecik sampai dah masuk Universiti, masih ada kedai makan ni.
Kedainya luas juga tapi tengah ni mejanya memanjang ala kantin sekolah.
Ayam madu memang sedap kat Ismail ni jadi ya ayam madu 2 pinggan. Ada dalca, papadom. Nasi saya tak habis pass ke hubby je. Hubby je willing nak habiskan sebab memang suka nasi briyani. Saya makan juga cuma kurang je makannya. Dania pun suka juga nasi briyani ni.
Ada kata-kata kat white board Ismail. Tulisan pun cantik.
Kemudian, singgah nak tapau Wondermilk ni. Dulu kedai ni kawan sekelas saya buka masa baru balik dari belajar di UK. Namanya Ifzan Ibrahim. Sekarang ni dah jual kat orang lain dah. Wondermilk ni kat Damansara Utama.
Dah minum kopi dan sewaktu dengannya ke belum?
Ada cookies dan cupcakes la.
Seleksi cookies.
Comelnya party kit ni.
Ada cookies comel yang ni.
Hubby beli ni sebab nak rasa tart nanas tapi style empat segi.
Ni yang kami beli. Dania la teringin nak makan cupcakes ni. Jadi pilih-pilih banyak perisa ni.
Nak minum pun boleh juga tapi sebab baru je makan jadi tak minum la.
Interior dalam cafe ni.
Apa lagi dua beranak belek ni?
Kat parking ada siapa ni? Ummi tak kenal tapi Dania kata pelakon ke penyanyi Korea ke ni....tak ingat.
Lepas ni balik la kami....
Kisah cuti Tahun Baru Cina 17 Feb 2026 ya. Kita tak berpuasa lagi. Post ni keluar lambat.
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.