Melawat rumah kekal mama dan papa

Hubby ajak ke rumah kekal papa dan mama kat Bukit Kiara masa cuti Tahun Baru Cina. Keluar dalam 9 lebih macam tu. Kami breakfast dulu on the way tu. Singgah kat Serdang je. 


Saya suka nasi lemak yang macam dulu-dulu tu isi just nice tak banyak. Nasi lemak bungkus tu je. 


Bawak la plastik. Ikutkan tak banyak nak mencabut rumput liar atas pusara pun sebab memang nampak terjaga. Cuma nak bersih-bersih kalau ada daun-daun yang gugur. Berdekatan pusara mama ada pokok rambutan. 


Saya ada kumpul-kumpul daun kering masukkan dalam plastik sampah. 


Pusara bawah sana tu pusara anak kecil. Kecik je pusaranya. 


Ni pula singgah bersih apa yang patut pusara kawan. Nak cabut lebihan rumpai yang tumbuh ni sayang sebab tumbuhan ni akan mendoakan....jadi cabut rumpai yang panjang sikit je. 


Ini pula pusara papa. Mama dan papa guna batu sungai. Orang kata batu sungai hidup kan. 


Cabut rumput yang panjang sikit je dan kumpul daun-daun kering. 


Nampak hijau la atas pusara papa. 


Ada tempat duduk pula kat sini. Pusara warna hitam belah kiri saya tu ibu kepada Tan Sri Dato' Sri Rafidah Aziz. Dulu masa papa masih ada, try adjust adik saya yang PTD tidak masuk Kementerian yang diterajui Rafidah Aziz. Cara kerja beliau yang papa saya mungkin tak berapa ngam masa tu. Akhirnya adik saya masuk Kementerian Pendidikan. 


Rajin menantu papa ni. 


Dalam tak banyak rumput panjang yang dikumpul ni....jadi penuh juga satu plastik ni haa....


Kat area belah ni pokok ni banyak ditanam di atas pusara. 


Panjang juga rumput atas pusara ni. 


Pusara yang ditabur bunga warna-warni. Cantik pula nampak bila berwarna-warni ni. 


Rasanya ini pusara suami isteri sebelah menyebelah. 


Alhamdulilah dapat la menjenguk rumah kekal mama dan papa. Ramai juga ambik kesempatan membersihkan pusara sempena cuti Tahun Baru Cina ni dan sebelum umat Islam berpuasa. Jalan kat Perkuburan Islam Bukit Kiara ni jadi makin sempit sebab kereta parking tepi. 




XOXO,
Ezna

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.