Bila hubby ajak ke Bidadari Turun Malam untuk makan malam. Hmmmm hubby sebut Malaikat Turun Malam pulak....
Masa kami pergi ni jam 6 petang. Early dinner la kita.
Sebelum ni kami breakfast kat sini, kali ni hubby ajak dinner pulak. Jom la kita explore apa yang ada kat sini waktu malam pulak view dia.
Lampu-lampu dipasang ya area berpayung ni.
Ada orang sambut birthday kat sini la. Boleh la privacy sikit.
Cantik pula saya tengok pokok yang besar ni.
Tengoklah kawasan tempat makannya ni. Luas.
Eh eh...suka la gambar lampu ni. Hehe
Saya punya fish and chips. Rasanya?? Sedap ya. Hubby dan Dania makan pun kata sedap.
Plating Fish & Chips. Dania pun sibuk makan fries dan salad saya. Bagus la ajar Dania makan sayur-sayuran ni. Jadi bila dah besar dia akan makan. Dulu masa kecik2 saya cakap kalau makan sayur-sayuran....kulit muka jadi cantik macam Princess. Dania obses dengan animasi Disney Princess macam Belle, Cinderella, Rapunzel, Tiana, Snow White, Ariel tu. Jadi terus makan dan pegang kulit muka kata kulit Dania cantik tak? Apa lagi gais???? Tak kan nak kata tak cantik? 😆. Cantikkan je walau makan sikit mana nak ada perubahan. Hehe.
Haaa ni order Princess yang dah besar ni. Dia suka makan pasta. Jadi pilih spaghetti bolognaise dengan meatballs. Daun selasih tu Dania tak suka jadi saya yang makan. Dania kata sedap.
Nasi goreng pilihan hubby pun sedap. Eh eh makanan semuanya sedap-sedap.
Kami bertiga pulak.
Terdengar ada seorang staff panggil nama yang ni Dania. Terus la saya kata ni pun Dania jugak.
Dah ada nama Dania ni, kita panggil minta tapaukan fish & chips saya. Tak lalu menghabiskan. Hubby dan Dania habiskan makanan semuanya kecuali saya.
Sementara itu kita explore lagi la.
Kalau nak memanah ni kena bayar la.
Kawasan ni untuk main bubble kot sebab nampak macam ada bubble je dalam bekas biru tu.
Kalau nak duduk sini pun boleh. Ada fairy lights.
Banyak la mejanya. Boleh pilih-pilih nak duduk luar ke dalam.
Dah nak malam dah ni.
Jom la kita beransur pulang. Gambar atas sekali terang lagi. Bawah ni dah gelap dah.
Dania dok teringat-ingat pancake yang gebu makan breakfast kat sini. Nampaknya kena repeat breakfast la kat sini lagi.
Well....makan kat sini memang sedap la bagi saya. Suasana yang cantik ni bertambah-tambah sedap la kita makan ya....
Ezna






Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.