Sebelum nak ambik Dania selesai final exam...saya ke Evo Mall Terjumpa pulak kepah dengan harga RM2 / 100g. Mungkin mahal la kalau beli 1kg harganya RM20 (ada nampak yang harganya lagi murah kalau google) tapi saya nak beli sikit je. Ambik 700g. Lepas tu terus la mencari cooking cream dan emping cili. Roti mantao nak cari mulanya udah terlupa pulak. Idak boleh la makan dengan creamy buttermilk ni.
Bayar kat kaunter ni je tanpa ada staff Aeon Maxvalu. Buat sendiri je lepas tu keluarkan la beg shopping saya. Cooking cream kat sini tak banyak choice sebab ada brand Emborg dan lagi satu tak ingat brand apa.
Senang ada shopping bag ni sebab boleh lipat kecik. Tak makan space pun taruh dalam bag.
Lepas ambik Dania, petang tu buatlah creamy buttermilk. Hubby ada beli lala jadi saya campurkan dengan kepah sikit. Kanan yang gelap sikit tu kepah. Lain-lain ni lala....ada la saya letak berapa ketul kepah jugak dalam ni. Tersorok la dalam gambar ni.
Saya masukkan :
1. Lala (direbus dulu)
2. Kepah (direbus dulu)
3. Butter
4. Daun kari 15 tangkai (Tumis dengan butter)
5. Bawang putih cincang (Tumis dengan butter)
6. Emping cili (chili flakes)
7. Serbuk cili
8. Cili api
9. Susu segar
10. Cooking cream
11. Pati ayam
12. Lada putih
Tumis daun kari dan bawang putih dengan butter. Bila bahan tumis dah wangi, masukkan susu segar dan cooking cream. Kemudian masukkan bahan seperti emping cili, serbuk cili, pati ayam dan lada putih. Kacau sampai menggelegak baru masukkan lala dan kepah. Part ni kejap je la sebab lala dan kepah dah masak dah kan. Last sekali masukkan cili api. Dah siap....
Dah makan dengan nasi kemudian ratah-ratah je kepah dan lala ni. Bila pakai cooking cream ni kuah dia jadi agak pekat dan rasanya creamy.
Ada la kucai dengan telur ni tapi kali ni saya letak lala pulak campur sekali dengan telur. Lala tu dah kuarkan isi dia la. Hubby saya suka beli kucai jadi kita masak je la sayur kucai ni. Selalunya hubby beli 2 ikat jadi habiskan terus 2 ikat ni. Bila dah buat jadi tak banyak mana pun. Kucai ni bila tumis tak boleh lama-lama sebab nanti dia tak sedap dah.
Hubby suka beli kalau sayur tu kucai, terung, bayam, lobak merah. Kadang-kadang ada bendi. Selalunya sayur ni saya ulang-ulang menu yang sama je.
Ada juga sambal tumis ikan bilis.
Alhamdulilah....bila tengok berlawan makan buttermilk tu rasa berbaloi la masak ya....alhamdulilah. Tapi...kalau cicah roti mantao lagi sedap saya rasa. Pulak tu bahan-bahan kerangan tu boleh letak banyak-banyak. Kalau nak beli siap masak kat kedai....boleh...tapi keras juga kan harganya.
XOXO,
Ezna





Sy suka clam buttermilk =D
BalasPadamsedapnya...nanti nak cuba masak buttermilk lah...kita nie, yang fusion2 ni tak reti nak masak..reti yang campak2 je.. hahaha
BalasPadamfuhhh sedap sgt kalau dapat cicah dgn roti tu
BalasPadamSaya kan, tak pernah cuba masak lala dan kepah 😄
BalasPadamLovely photos. I also like bags that fold up really small. Thank you so much for sharing 😊 ❤️
BalasPadamSy nak try la... So far masa buttermilk tak letak cooking cream
BalasPadamKalau ada mantou sedap tu cicah.
BalasPadami tak reti mkn kepah or lala. tapi kalau kerang i mkn laa..oyster pun i tak mkn (mr hubby plak fav dia oyster tu)
BalasPadamSedapnya... Naniey tak pernah guna cooking cream masak buttermilk. Next time boleh cuba resepi ni..
BalasPadamSedap ni creamy butter kepah dan lala, cicah roti atau makan dengan spaghetti.... yummy
BalasPadamJadi ingat saat makan di two sons ya kak 😄😄😄👍. Saya pernah masak juga, resepnya dikasih Carneyz. Tp saya modif juga, sebab ada toppokki di freezer, jadi saya potong2, masukkan ke dalam. Yg makan ini hanya suami dan saya. Anak2 tak mau sebab pedaaaas 😄😄😄.
BalasPadamJadi teringin nak buat lahh
Yummehhhhhh....
BalasPadamSedap tu buttermilk.. bubuh apa² haiwan pun sedap.
Sedapnya lala buttermilk. Mmng lagi best makan dgn mantao
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.