Setelah balik dari rumah kawan kat Shah Alam, alang-alang kat Shah Alam...kita singgah dulu area sini. Mulanya ke Masjid Seksyen 13 Shah Alam, Masjid Al-Ikhlas. Masjid yang kami selalu singgah kalau ke Shah Alam.
Kemudian, nak pergi ke Central I City Mall sebab nak singgah Sogo dalam ni. Lalu la I CIty ni haa....sebelah merry go round ni tempat meluncur berkaca. Tinggi jugak tu. Tak tahu dah buka ke tak selepas kes pelampung jatuh timpa pengunjung.
Ada tema sambutan tahun baru cina kat tengah ni.
Ada juga deretan booth kecik-kecik jual persiapan hari raya.
Cantiknya tudung ni secantik harganya jugak.
Ada Watsons Pink la kat sini. Cantik pula ambik gambar kat cermin ni. Boleh tengok background warna pink.
Ada pula pameran Proton E.Mas. Dania berkenan E.Mas 5 yang warna pink tu tapi ummi dan ayah susah juga nak mula gunakan kereta EV. Hubby dah ada in mind dah kereta apa nak belikan untuk Dania tapi tengok la bila kereta kedua selesai bayar tahun ni. Insya Allah tak lama lagi je ni. Berbalik kepada Proton E.mas 5 ni, kereta ni cute je tapi dalamnya luas. Depan dan belakang dah try masuk.
Singgah Bayu Somerset lagi.
Bayu Somerset ada kolaborasi dengan kasut Machino. Cantik juga berbunga.
Joker ni seram betul la. Sebijik manusia. Kalau berdiri tepi macam matanya melirik kat kita je. Nampak jari tangan patah. Mungkin sengaja dipatahkan.
Ni pula singgah beli ice coffee kat Dunkin Donut.
Singgah pula beli Strudel.
Line dia takdelah panjang sangat.
Lepas ni kami balik la.
Ezna








Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.