Lepas makan kat Sisik Sehijau Dedaun tu, kami menuju ke Fakulti Pertanian. Dania nak book bilik untuk lecturer English (CEL2105-Spoken English and Communication) nak mengadakan assessment. Dania kena book bilik sebab Dania class rep untuk subjek ni.
Bila Dania ke pejabat pentadbiran Fakulti Pertanian, saya pun turun kereta sebab nak ambik gambar persekitaran yang hijau ni.
Cantiknya bunga ni. Nama bunga ni keembung. Ni saya tanya sendiri staff yang tengah menyiram pokok bunga kat sini.
Saya siap cium baunya ya. Wangi. Eh macam nak cari bunga ni kat nurseri bunga.
Dania masuk kat dalam ni la. Dekan, Timbalan Dekan kat dalam office ni kalau nak jumpa la. Dania nak jumpa staff untuk buat booking bilik je.
Pokok cili. Eiii geramnya dah berbuah dah cilinya.
Tak tahu nama pokok ni tapi selalu la nampak.
Kalau kat google lense namanya Madagascar Periwinkle.
Ini pula Turnera Ulmifolia.
Ni bunga Evening Primrose.
Ni pula pokok yang menjalar namanya Akar Dani. Cantik bunga ni. Elok je melilit kat gerbang ni. Nampak sihat dan terjaga.
Sama juga la ni akar dani tapi yang ni warna pink semata-mata. Atas tu ada warna merah jugak.
Bunga telang. Pun elok je melingkar atas gerbang.
Ni tak sure bunga apa tapi sihat je dia nampaknya. Pokok-pokok ni kalau dijaga elok....sihat la dia.
Bunga-bunganya yang berkembang mekar. Eh ralitnya saya kat sini. Hello hello ni bukan kat rumah la ya...ni Fakulti Pertanian ni.
Tenang je nampak kat parkir kereta ni. Mungkin hari jumaat ni tak ramai yang ada kelas. Lepas tu Dania dah selesai di office tanya kenapa ummi keluar kereta?. Ye lah ummi nak tengok pokok bunga yang cantik kat sini.
Tengok bunga yang warna-warni ni dah buat hati berbunga-bunga. Eh nak carilah akar dani nanti. Cantik pulak bunganya tu. Pokok memanjat kat rumah saya ada kesidang, thumbergia dan pokok bunga kertas je.
Diantara bunga-bunga kat sini, mana satu pilihan hati anda?.
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.