Bila Dania kena ke UPM-Hiroshima University Living Lab. Ni pertama kali saya sampai ke sini. Lecturer pun menggalakkan siapa yang bawa kereta untuk tumpangkan kawan-kawan sebab jalan masuknya memang ke dalam sangat. Sepatutnya mereka ada field trip ke Labis tapi tak jadi sebab kat sana ada isu lembu sakit (biosecurity).
Nak menempuh jalan ke sini sebab tak biasa, saya bawa kereta SUV la. Lebih tenang dari bawa kereta rendah kan. Pastu tersesat jugak. Rupanya ada juga kawan2 Dania yang tersesat juga kat sini. Tunggu la kami sampai ada kawan Dania yang biasa ke sini untuk tunjukkan jalan.
Saya drop kan Dania kat sini dan Dania berjalan kaki le ke tempat tu. Saya takdelah mengendeng ya sebab ada lecturer. Kalau tak, menarik juga nak explore kawasan sini. 😃
Sebelah kelapa sawit ni ada tanaman kelapa pulak. Saya parking sekejap kat sini.
Kalau kat area kelapa ni jalannya cantik la.
Ni saya nak balik dah ni. Berhenti kereta kejap kat rumah ladang ni.
Takde la jauh mana dari tempat saya dropkan Dania. Lepas tu siap jadi penunjuk arah kepada kawan Dania dan pembantu Dr. Frisco yang baru pertama kali ke sini. 😅
Kat sini tempat research ya. Hasil kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Hiroshima University. Ada research dijalankan oleh Universiti dari luar negara juga seperti University of Cambridge. Baru-baru ni Dr. Frisco kena handle pelajar yang buat praktikal dari universiti dari Bangladesh.
Kat sini...conservation grazing ialah :
Penggembalaan konservasi adalah dengan cara menggunakan haiwan ternak seperti lembu, kambing untuk mempertahankan habitat alami tanpa menggunakan baja kimia. Haiwan-haiwan ternak ini yang akan memakan rumput di kawasan ini. Ia baik untuk ekosistem. Dalam masa yang sama dapat menyuburkan tanah secara alami melalui tinja.
Kat kawasan ni juga diletakkan rumah burung dan hasil dari lensa kamera tersembunyi ada penampakan burung-burung Raja Udang atau Kingfisher makan tikus dan eh eh burung Raja Udang tengah berasmara pun ada. 😅. Burung hantu pun datang juga di rumah burung ini.
Kenapa tikus bahaya untuk kawasan ladang kelapa sawit? . Ini kerana tikus akan memakan biji kelapa sawit dan bahagian muda pokok atau umbut. Ia akan mengurangkan hasil buah kelapa sawit. Tak hairanlah masa saya, Dania dan hubby ke SD Plantation Future Fest 2024 di Pulau Carey, Sime Darby (SD) membela burung hantu bernama Tyto Alba di ladangnya. Burung-burung ini akan dilepaskan pada waktu malam untuk memakan tikus-tikus di ladang kelapa sawit jadi, ada rumah burung hantu dibina di dalam ladang.
Mata saya terpikat kat bunga-bunga liar ni. Warnanya ungu.
Ada papan tanda pelajar yang buat research kat sini.
Bunga liar.
Bunga liar yang banyak kat kawasan kelapa sawit ni. Bahagianya saya dapat ambik gambar ni. Ada seekor rama-rama hinggap kat bunga2 ni.
Saya nampak ada beberapa ekor rama-rama bebas berterbangan kat kawasan bunga-bunga ni. Ada rama-rama berwarna putih juga. Saya snap ni rama-rama berwarna jingga.
Lembu ni bernama Awang.
Dania bagi Molasses Sugar dekat lembu ni.
Ai Overview :
Molasses (gula merah cecair) untuk lembu adalah sumber tenaga segera, meningkatkan selera makan (kerana manis), membantu pencernaan, membekalkan vitamin & mineral tambahan, dan boleh digunakan dalam silaj atau air minuman untuk lembu yang kurang selera makan atau perlu tenaga lebih, membantu lembu jadi sihat, gemuk, dan banyak susu, terutamanya bila kos makanan mahal.
Lepas dah selesai semua, Dr. Frisco belanja minum air kotak dan kek sarang semut. Terima kasih Dr. Frisco. Seronok pelajar-pelajar ni ya. Sebelum ni Dr belanja kuih-muih...Dania kata banyak kuih-muihnya. Kata Dania kuih tu dia rasa...kuih ni rasa. Hehe.
Begitulah kisah pelajar Bacelor Sains Haiwan. Seronok juga mereka dapat berinteraksi dengan alam semulajadi.
XOXO,
Ezna



Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.