Pucuk paku masak tumis je. Pucuk paku ni pun bukannya senang nak jumpa. Kat tempat sayalah. Kalau pergi pasar borong tu selalunya adalah. Kalau kedai yang kecik-kecik ni kadang-kadang tak ada. Ni hubby beli kat pasar awam serdang. Katanya selalu ada kat situ. Tumis pun guna sedikit je minyak barulah sedap. Kalau ada ikan bilis lagi sedap tapi saya tak ada stok ikan bilis la. Gunakan bahan apa yang ada jelah.
Cakap pasal ikan bilis ni...nak kena beli la nampaknya....saya suka ikan bilis yang siap dikopek. Masa kecik-kecik saya kena kopek ikan bilis tu. Penat ya....hehe. Selalu tak syok bila mama suruh kopek ikan bilis tapi momen tu la yang saya kenang ya.
Sotong pulak ada 2 ekor bersaiz sederhana jadi kita buatkan sambal sotong je la. Suka betul la kami dengan masakan sambal ni. Tu lah dok ulang-ulang sambal ni tapi bahan je lain-lain.

Nak beli stok pulak dah sebab makanan laut semua habis kecuali udang. Barang basah ni hubby dah memang pandai beli dah. Tukang masaknya saya la. Jadi, bila dah beli nanti hubby akan update la apa yang dia beli. Kadang dah buntu tanya la hubby nak masak apa....dia akan suggest la lauk apa tapi lauk tu nak masak apa....saya la kena fikirkan. Kita surf je internet. Sekarang ni semua di hujung jari kan....kadang dapat idea nak masak apa bila blogwalking (bw) ke rumah kawan-kawan la.
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.