Survey motor pulak

Breakfast kami berdua kat rumah je masa hari Dania bercuti dengan kawan-kawannya. Lepas tu hubby ajak survey motor pulak. Mulanya malas betul nak keluar tapi akhirnya saya keluar jugak teman hubby. Ini diantara motor yang kami survey iaitu Yamaha Ego Gear Pro. Harga sini RM6500, tapi bila survey tempat lain harganya RM6600. Ada 3 variasi warna. Biru, hitam dan silver tak silap saya. Ni motor jenis skuter ni. 

Bab motor ni memang saya tak berapa nak pro sangat la kan sebab lesen motor pun tak ada. Kalau kereta pun macam la saya tahu sangat kan. Hehe. Ni saya teman hubby je ni. Kalau nak bagi pendapat tentang warna je la. Kalau lain-lain kita tanya je la yang lebih arif ya. 


Warnanya ada macam 2 tona kalau tengok dari arah sini. Ada warna biru dan warna ungu. Cantik pula saya rasa warna ni. 


Lampu hadapannya. 


Ni perbandingan design lama dan yang baru.


Perbezaan lampu belakang yang ketara. Kanan tu motor design terbaru. 


Tempat simpanan barang. 


Hubby dah tanya kalau free gift dapat apa. Voucher RM100, kunci tayar dan service dua kali free. 


Ni motor lain pulak. 


Try test duduk kat motor ni. 


Test lagi. 


Ni jenis Suzuki pula. Macam-macam la jenis motor dari kapcai ke motor berkuasa tinggi. 


Ni motor jenama dari China. Bukan sebarangan sebab ni motor elektrik. Warnanya memang ceria la tapi kalau motor made in China ni tak sure la pulak saya. 


Hubby ada tanya juga harga motor atas sekali tu kat kedai lain, dan harganya ialah RM6400. Kurang RM100 pula dari kedai atas. Free gift yang diberikan juga sama dengan kedai yang atas tu. Selagi boleh murah kita ambik la yang paling murah kan. 

Tengok la macam mana. Kot ada pulak motor yang lebih rendah pulak harganya dan hubby berkenan. Motor lama yang bunyi macam motor boat tu dah selamat hantar repair kat kedai. Masa nak bawak ke kedai tu hubby mintak seorang jemaah surau tolak motor dengan sebelah kaki. Dia naik atas motor la. Alhamdulilah dah baik dah motor tu. Kena dalam RM100++ tukar spare parts dalam tu. Tapi....motor tu dah beberapa kali juga hantar ke kedai. Maklumlah usianya pun dah lanjut. Hubby sayang nak jual motor tu. Takde dah kot design motor gitu dah sekarang ni. 

Hmmmm....survey motor pulak...




XOXO,
Ezna

 

6 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. lawa la motor macam thailand kuning orange tu. jatuh hati la pula bila tengok

    BalasPadam
  2. wah...nak beli moto baru..SA suka yg suzuki tu..

    BalasPadam
  3. Moga dapat la motor yang di idamkan tu

    BalasPadam
  4. Pergi beberapa kedai, survey harga, boleh buat perbandingan lepas tu. Nanti dah angkat satu, boleh naik motor berdua, Ezna dan suami. Romantik gitu. 😊

    BalasPadam
  5. Sekarang ni banyak dah motor elektrik. Menarik jugak macam2 warna ada.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.