Staycation di Qowiy Village

Well....inilah cerita staycation mereka. Patutnya berlima yang pergi, akhirnya Wafa tarik diri sebab sakit perut. Pulak tu sehari sebelum ada group project kena siapkan. Tidur jam 4 pagi (pada hari mereka nak berjalan tu). Dia pun boleh bawa kereta juga. Jadi, berempat la mereka bertolak ke sana. 

Oh ya dulu Qowiy ni mulanya saya kenal sebab jual bath bomb, candle, bath crumb, bath salt kat booth dalam Alamanda. 2-3 kali jugak beli bath crumb dia. Wangi bau dia sebab dia guna ingredient yang natural. Lepas tu mereka buka tempat penginapan pulak. 


Saya dapat gambar pintu macam ni je jadi saya whatsapp balik Dania mana gambar yang lain?. Gambar keseluruhan rumah Hobbit ni. 


Ni lah gambar rumah Hobbit ni. Boleh muat sehingga 6 orang. Boleh la ke website Qowiy Village Hulu Langat ni kalau nak tengok dalam penginapan ni macam mana. 


Khemah dibina di hadapan penginapan untuk barbeque. Staff Qowiy yang set up kan khemah ni. 


Petang, mereka dah start asapkan arang. Barang yang diberikan ialah Barbeque pit, fire starter dan arang bersaiz kecil. Tak jadi masalah pun pasal arang ni sebab saya pun ada beli extra arang. 


Ni lah hasilnya lepas dibakar. Alhamdulilah bila kawan-kawan Dania kata perapan dia sangat sedap dan terasa. 

Lepas tu malamnya pula aktiviti apa?. Dania kata mereka tengok citer Netflix cerita hantu. Elok la kalau tengok ramai-ramai. Kalau seorang tu takut dah. Dania kata boleh pulak tertidur-tidur masa tengok movie. 😆


Bila tiba musim durian, boleh merasa juga buah kat sini tapi kena cari la. Ini tugas Ayuni dan Hana pergi mencari durian. Dapat la 5 biji durian. Ada kebun juga kat sini. Rezeki mereka yang menginap sini la kalau musim buah. Buah durian 5 biji ni percuma je ya. 


Si putih ni ada kat kebun. Rasanya penjaga kebun ni. 


Percutian yang dirancang ini 2 hari 1 malam je. 


Seronok kalau bercuti dengan kawan-kawan yang sekepala. Kat sini ada kolam yang luas dan juga berdekatan dengan sungai. Hari minggu tak silap ada disediakan kolam berbuih. Qowiy masukkan bath bomb yang mereka buat. Mungkin ada dijual juga. 

Qowiy Village Hulu Langat :

Lot 3665, Batu 23, Jalan Sungai Lui, Kampung Sungai Lui, 43100 Hulu Langat, Selangor.




XOXO,
Ezna














 

12 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. dok usha2 juga Qowiy Village ni..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, mengukir kenangan manis utk dania dan kawan2 tu :) tmpt tu nampak tenang damai best dpt staycation kat situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sungai boleh mandi-mandi jugak Suzz tapi mereka tak mandi.

      Padam
  3. seronoknya Dania...part cari durian tu memang best la..lepas tu durian tu kopek makan kat situ ke atau boleh bawa balik tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak makan situ atau bawak balik pun boleh SA. Macam derang ni makan sikit kat sana, ada yang bawak balik jugak.

      Padam
  4. Wah seronok dapat bercuti dgn member

    BalasPadam
  5. Seronoknya bercuti tempat macam ni. Dapat makan durian free pulak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah...kalau ada durian mereka boleh makan je. Ada 5 biji durian yang mereka jumpa.

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.